Wednesday, 13 August 2014

~ Amanat Syeikh Ali Tantawi buat Gadis Muslimah ~

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua hari ini ? Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera. InsyaAllah tanpa berbicara panjang , hari ini topik khas buat muslimah2 sekalian. Iaitu pesanan Syeikh Ali Tantawi buat semua gadis muslimah sekalian. Sama2 kita hayati .

 ~ Amanat Syeikh Ali Tantawi ~


Kepada Puteriku Wahai puteriku..

《 isi penting 》

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.

Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...saya kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu , iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

saya bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Wahai puteriku…….

Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat.

Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.” Cita-cita seperti ini pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira samaada dia seorang ratu,keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Buat semua sahabat2 muslimah sekalian. Jagalah rahim anda untuk benih dari lelaki soleh..
."Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyyatina Qurrotua'yuun, Rabbija'alna muttaqeena imamaa...ameen"


Wallahu a’lam.

♤ azam utk kita amalkan ilmu ini dan sampaikan kpd semua ♤ ‪#‎CopyPasteUsrahInDaHnYaberPurdah‬

No comments:

Post a Comment