Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam :) Apakah yang dimaksudkan dengan Baitul Muslim ye? Untuk pengetahuan kita semua, Baitul
Muslim adalah rumah tangga yg berteraskan ajaran islam . Untuk
melahirkannya, Baitul Muslim perlu ada Sakinah Mawaddah dan Warahmah.
Sesiapa sahaja yang baru berkahwin akan mengharapkan keluarga yang baru
dibina mendapat ketenangan (sakinah), cinta dan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (wa rahmah) sesama pasangannya.
APAKAH ERTI KELUARGA SAKINAH ITU?
Dalam
bahasa Arab, kata sakinah di dalamnya terkandung erti tenang,
terhormat, aman, merasa dilindungi, penuh kasih sayang, mantap dan
memperoleh pembelaan. Namun, penggunaan nama sakinah itu diambil dari al
Quran surah ar-Rum (30) ayat 21,"Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
"litaskunu
ilaiha", yang maksudnya :" bahwa Allah SWT telah menciptakan jodoh bagi
manusia agar yang satu merasa tenteram terhadap yang lain".Jadi
keluarga sakinah itu adalah keluarga yang semua anggota keluarganya
merasakan cinta kasih, keamanan, ketentraman, perlindungan, bahagia,
keberkahan, terhormat, dihargai, dipercaya dan dirahmati oleh Allah SWT.
APAKAH ERTI MAWADDAH WA RAHMAH ?
Di dalam keluarga sakinah itu pasti akan muncul mawaddah dan rahmah (dalam surah ar-Rum ayat 21).
Mawaddah
adalah jenis cinta membara, yang menggebu-gebu kasih sayang pada lawan
jenisnya (boleh dikatakan mawaddah ini adalah cinta yang didorong oleh
kekuatan nafsu seseorang pada lawan jenisnya). Kerana itu, Setiap mahluk
Allah kiranya diberikan sifat ini, mulia dari haiwan sampai manusia.
Mawaddah cinta yang lebih condong pada material seperti cinta kerana
kecantikan, ketampanan, badan yang menggoda, cinta pada harta benda, dan
lain sebagainya. Mawaddah itu sinonimnya adalah mahabbah yang ertinya
cinta dan kasih sayang.
Wa ertinya dan,Sedangkan
Rahmah (dari Allah SWT) yang bererti keampunan, anugerah, kurniaan, rahmat,
belas kasih, rezeki. (lihat : Kamus Arab, kitab ta’riifat, Hisnul
Muslim (Perisai Muslim)
Jadi, Rahmah adalah jenis
cinta kasih sayang yang lembut, siap berkorban untuk menafkahi dan
melayani dan siap melindungi kepada yang dicintai. Rahmah lebih condong
pada sifat hati atau suasana batin yang terimplementasikan pada wujud
kasih sayang, seperti cinta tulus, kasih sayang, rasa memiliki,
membantu, menghargai, rasa rela berkorban, yang terpancar dari cahaya
iman. Sifat rahmah ini akan muncul manakala niat pertama saat
melangsungkan pernikahan adalah kerana mengikuti perintah Allah dan
sunnah Rasulullah SAW serta bertujuan hanya untuk mendapatkan redha
Allah SWT.
APAKAH CIRI- CIRI KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH ITU ?
Ciri-ciri keluarga sakinah mawaddah wa rahmah itu antara lain:
Menurut hadis Nabi SAW, asas keluarga sakinah itu ada empat perkara :
Sabda
Nabi SAW maksudnya : “ Empat hal akan menjadi faktor yang mendatangkan
kebahagiaan keluarga (arba`un min sa`adat al mar’i), yakni 1. Suami /
isteri yang setia (soleh/solehah), 2. Anak-anak yang berbakti,
3.Lingkungan sosial yang sihat (biah solehah) , dan 4. Dekat rezekinya
(murah rezeki).”
Selain daripada empat ciri di atas
apakah ciri-ciri lain yang boleh menyumbang kepada keluarga sakinah
mawaddah wa rahmah? Terdapat empat ciri iaitu :
1. Memiliki kecenderungan kepada agama,
2. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda,
3. Sederhana dalam belanja,
4. Berlemah lembut dalam bergaul.
5.
Hubungan antara suami isteri harus atas dasar saling memgharapkan,
seperti pakaian dan yang memakainya (hunna libasun lakum wa antum
libasun lahunna, Q/2:187).
Fungsi pakaian ada tiga, iaitu (a) menutup aurat, (b) melindungi diri dari panas dingin, dan (c) perhiasan.
Suami
terhadap isteri dan sebaliknya harus menfungsikan diri dalam tiga hal
tersebut. Jika isteri mempunyai suatu kekurangan, suami tidak
menceriterakan kepada orang lain, begitu juga sebaliknya. Jika isteri
sakit, suami segera mencari ubat atau membawa berjumpa doktor, begitu
juga sebaliknya. Isteri harus selalu tampil membanggakan suami, suami
juga harus tampil membanggakan isteri, jangan terbalik jika saat keluar
rumah isteri atau suami tampil menarik agar dilihat orang ramai.
Sedangkan giliran ada dirumah suami atau isteri berpakaian seadanya,
tidak menarik, sehingga pasangannya tidak menaruh simpati sedikitpun
padanya. Suami isteri saling menjaga penampilan pada masing-masing
pasangannya.
6. Suami isteri perlulah bergaul sesama mereka dengan pergaulan yang makruf.
Firman
Allah SWT maksudnya : "Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang
patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh
jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang
banyak padanya.
7. Suami isteri secara tulus
menjalankan masing-masing kewajibannya dengan didasari keyakinan bahwa
menjalankan kewajiban itu merupakan perintah Allah SWT yang dalam
menjalankannya harus tulus ikhlas. Suami menjaga hak isteri dan isteri
menjaga hak-hak suami. Dari sini muncul saling menghargai, mempercayai,
setia dan keduanya terjalin kerjasama untuk mencapai kebaikan didunia
ini sebanyak-banyaknya melalui ikatan rumah tangga.
Suami
menunaikan kewajiabannya sebagai suami kerana mengharap redha Allah.
Dengan menjalankan kewajiban inilah suami berharap agar amalnya menjadi
berpahala disisi Allah SWT. Sedangkan isteri, menunaikan kewajiban
sebagai isteri seperti melayani suami,
mendidik anak-anak, dan lain sebagainya juga berniat semata-mata kerana
Allah SWT. Kewajiban yang dilakukannya itu diyakini sebagai perinta
Allah, tidak memandang kerana cintanya kepada suami semata, tetapi di
balik itu dia niat agar mendapatkan pahala di sisi Allah melalui
pengorbanan dia dengan menjalankan kewajibannya sebagai isteri.
8.
Semua anggota keluarganya seperti anak-anaknya, isrti dan suaminya
beriman dan bertaqwa kepada Allah dan rasul-Nya (shaleh-shalehah).
Artinya hukum-hukum Allah dan agama Allah terimplementasi dalam
pergaulan rumah tangganya.
9. Rezekinya selalu
bersih dari yang diharamkan Allah SWT. Penghasilan suami sebagai tonggak
berdirinya keluarga itu selalu menjaga rezeki yang halal. Suami menjaga
agar anak dan isterinya tidak berpakaian, makan, bertempat tinggal,
memakai kendaraan, dan semua pemenuhan keperluan dari harta haram. Dia
berjuang untuk mendapatkan rezeki yang halal saja.
10.
Anggota keluarga selalu redha terhadap anugrah Allah SWT yang diberikan
kepada mereka. Jika diberi lebih mereka bersyukur dan berbagi dengan
fakir miskin. Jika kekurangan mereka sabar dan terus berikhtiar. Mereka
keluarga yang selalu berusaha untuk memperbaiki semua aspek kehidupan
mereka dengan wajib menuntut ilmu-ilmu agama Allah SWT.
BAGAIMANA MEWUJUDKAN KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH ITU?
Untuk mewujudkan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah perlu melalui proses yang panjang dan pengorbanan yang besar, di antaranya:
1. Pilih pasangan yang soleh atau solehah yang taat menjalankan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SWT.
2. Pilihlah pasangan dengan mengutamakan keimanan dan ketakwaannya dari pada kecantikannya, kekayaannya, kedudukannya.
3. Pilihlah pasangan keturunan keluarga yang terjaga kehormatan dan nasabnya.
4. Niatkan saat menikah untuk beribadah kepada Allah SWT dan untuk menghidari hubungan yang dilaran Allah SWT
5.
Suami berusaha menjalankan kewajibannya sebagai seorang suami dengan
dorongan iman, cinta, dan ibadah. Seperti memberi nafkah, memberi
keamanan, memberikan didikan islami pada anak isterinya, memberikan
makanan dan minuman yang halal, menjadi pemimpin keluarga yang mampu
mengajak anggota keluaganya menuju redha Allah dan syurga -Nya serta
dapat menyelamatkan anggota keluarganya daripada seksa api neraka.
6.
Isteri berusaha menjalankan kewajibann ya sebagai isteri dengan
dorongan ibadah dan berharap redha Allah semat-mataa. Seperti melayani
suami, mendidik anak-anaknya tentan agama islam dan ilmu pengetahuan,
mendidik mereka dengan akhlak yang mulia, menjaga kehormatan keluarga,
memelihara harta suaminya, dan membahagiakan suaminya.
7.
Suami isteri saling mengenali kekurangan dan kelebihan pasangannya,
saling menghargai, merasa saling memerlukan dan melengkapi, menghormati,
mencintai, saling mempercai kesetiaan masing-masing, saling berlapang
dada dan sentiasa berkomunikasi dengan baik.
8. Berkomitmen menempuh perjalanan rumah tangga untuk selalu bersama dalam mengarungi badai dan gelombang kehidupan.
9.
Suami mengajak anak dan isterinya untuk solat berjamaah atau ibadah
bersama-sama, seperti suami mengajak anak isterinya bersedekah pada
fakir miskin, dengan tujuan suami mendidik anaknya agar gemar
bersedekah, mendidik isterinya agar lebih banyak bersukur kepada Allah
SWT, berzikir bersama-sama, mengajak anak isteri membaca al-Quran,
berziarah kubur, menuntut ilmu bersama, bermusafir untuk melihat
keagungan ciptaan Allah SWT. dan lain-lainlagi.
10.Suami
isteri selalu memohon kepada Allah agar diberikan keluarga yang sakinah
mawaddah wa rahmah. Membaca zikir al-Mathurat setiap hari waktu pagi
dan petang semuga diberikan Allah SWT keselamatan, kesihatan dan
kebahagiaan .
11. Suami secara berkala mengajak
isteri dan anaknya ziarah saudara mara dan melihat tempat-tempat
bersejarah untuk melahirkan kecintaan kepada pejuang-pejuang Islam yang
banyak berkorban dijalan Allah SWT.
12. Saat
menghadapi musibah dan kesusahan, selalu mengadakan musyawarah keluarga.
Dan ketika terjadi perselisihan, maka anggota keluarga cepat-cepat
memohon perlindungan kepada Allah dari keburukan nafsu amarahnya.
Marilah
sama-sama kita memperbaiki hubungan sesama kita di dalam keluarga.
Suami, isteri dan anak-anak perlu sentiasa kasih mengasihi, bantu
membantu dan saling bertolak ansur di dalam perkara yang berlainan
pendapat atau pandangan. Masing-masing perlu menjaga adab-adab sopan
dalam pergaulan di dalam keluarga supaya keluarga yang sedang di bina
mendapar rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan melahirkan keluarga
sakinah mawaddah wa rahmah.
Semoga kita semua mendapat ilmu dan manfaat di atas perkongsian ilmu ini.
Segala yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang kurang dari saya sendiri. Wallahualam ^_^
# Credits to Ustaz Abu Basyer
# https://www.facebook.com/groups/tanyaustaz/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment