Wednesday, 17 September 2014

Hukum Melihat Bakal Isteri (Nazhar/Nadzhor)

Assalamualaikum, rasanya dah lama saya tak update blog ni..bukannya tak ada masa terluang tapi malas pulak,huhu..Kali ni saya nak terangkn serba sikit tentang hukum melihat bakal isteri (Atau istilah lainnya ialah Nadzhor/Nazhar dalam fekah). Selama ini saya tak pernah dengar pasal ini, yang saya tau pon takruf, merisik dan juga meminang..Kalau sapa-sapa yang pernah tengok filem Ayat-ayat Cinta tau lah kot, sebab de babak si hero nak takruf dengan heroin tu,pastu pihak keluarga heroin minta si gadis tersebut membuka purdah agar orang yang merisik boleh melihat wajahnya..Awal-awal bila saya tau tentang nadzhor ni ,saya dok bayangkn babak tu lah..

Saya ada sebuah buku motivasi agama, " Nikmatnya Bercinta Selepas Nikah ". Walaupun dah beberapa bulan saya beli tapi saya belum berkesempatan untuk habiskan membaca. Kalau baca pun sikit-sikit jer..Hari ni saya baca lagi hingga habis dan time tu lah saya baru nampak tentang nadzhor (upa-upanya memang ada,hehehe) .. Saya sangat-sangat rekemen buku ini pada sesiapa yang ingin berubah(say no to couple) dan ingin bercinta selepas mempunyai ikatan yang sah dan halal..Dalam buku ini terdapat topik yang membincangkan tentang erti cinta, menjaga pandangan, perasaan malu, nikmat bercinta selepas ada ikatan yang sah dan sebagainya. Di samping itu, boleh memberi ilmu, kesedaran dan juga manfaat buat kita semua, insyaallah.

                      

Dengan ini saya akan sertakan huraian dan penjelasan tentang nadzhor ye, di mana saya share semula penulisan ini ,semoga penulis asalnya dapat pahala atas ilmu yang dikongsi ramai, insyaallah.. Okey, let's start.. Bismillahirrahmanirrahim. .

Di antara perkara yang digalakkan oleh Islam ialah seseorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan.

Ini disunatkan jika lelaki tersebut benar-benar berniat untuk mengahwininya dan berharap peminangannya akan diterima. Syarak membenarkan lelaki tersebut melihatnya tanpa meminta kebenaran dan tanpa pengetahuannya supaya dia tidak berhias terlebih dahulu. Jika perempuan tersebut, tujuan melihat tidak akan tercapai. Lelaki tersebut boleh melihat bakal tunangnya dua atau tiga kali jika perlu melihat keadaan wanita tersebut dengan lebih jelas lagi. Ini dilakukan untuk mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin. Ini kerana biasanya, matlamat yang dikehendaki tidak tercapai dengan sekali pandang.

Nabi SAW bersabda kepada Mughirah bin Syu'bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita,yang bermaksud:

"Lihatlah perempuan itu, kerana ia lebih menimbulkan kasih sayang di antara kamu berdua."

(Hadis riwayat Tirmidzi dan beliau menghukumnya hasan, dalam kitab nikah, bab hadis-hadis berkaitan dengan melihat tunang, no 1087; Ibnu Majah dalam kitab nikah, bab melihat perempuan apabila ingin berkahwin dengannya, no 1865 dan lain-lain).

Di bawah ni saya sertakan muka surat dalam buku Nikmatnya Bercinta Selepas Nikah, bab yang menyentuh tentang takruf dan nazhar.. Dalam m/s 165 ke atas dah mula berbicara tentang topik takruf dan nadzhar.

                                  
   Sahal bin Sa'ad ra berkata yang bermaksud:

"Seorang perempuan datang menemui Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk *menyerahkan diriku kepadamu." Nabi SAW memerhatikan perempuan itu atas dan bawah kemudian Baginda menundukkan kepalanya."
(Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab melihat perepuan sebelum berkahwin. Muslim dalam kitab nikah, bab harus mas kahwin dalam bentuk mengajar al-Quran, no 1524).

*maksud menyerahkan diriku kepadamu ialah aku serahkan urusan diriku kepadamu, sama ada kamu mengahwini aku tanpa mas kahwin ataupun kamu mengahwinkan aku dengan sesiapa yang engkau rasaj sesuai.

Maksud Baginda menundukkan kepalanya ialah setelah melihat perempuan tersebut, Baginda tidak lagi mengulangi perbuatannya memerhatik perempuan tersebut.

Abu Hurairah ra berkata:

Ketika aku berada bersama Nabi SAW, Baginda di datangi seorang lelaki dan memberitahu bahawa dia berkahwin dengan seorang perempuan Ansor. Nabi SAW bertanya: "Adakah kamu telah melihat perempuan itu?" Beliau menjawab: "Tidak." Nabi SAW bersabda: "Pergi dan lihatlah perempuan itu kerana sesungguhnya mata orang-orang Ansor itu berbeza dengan mata orang lain (yang dia mungkin tidak berkenan)."

(Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat memandang muka dan dua tapak tangan perempuan bagi sesiapa yang ingin mengahwininya, no 1424).

Abu Humaid as-Saidi ra berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila salah seorang daripada kamu ingin meminang seorang wanita, maka tidak salah dia melihatnya, jika dia hanya melihat wanita itu untuk meminangnya, sekalipun wanita itu tidak mengetahui perbuatannya."
(Riwayat Ahmad (5/424)).

Wanita juga berhak melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin. Sesungguhnya perempuan juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.

Batas-Batas Seorang Lelaki Melihat Bakal Isterinya.
Seseorang lelaki tidak diharuskan melihat bakal tunangnya melainkan muka dan tapak tangannya (depan dan belakang). Muka dan tapak tangan adalah anggota zahir yang dimaksudkan oleh firman Allah, yang bermaksud:

"Dan janganlah mereka (kaum wanita) menzahirkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir daripadanya."
(Surah an-Nur ayat 31).

Hikmat pandangan hanya dihadkan kepada muka dan tapak tangan sahaja ialah kerana muka menunjukkan kecantikan dan tapak tangan memperlihatkan kesuburan badan dan kelembutannya.

Sekiranya dia tidak berpeluang melihatnya sensiri, dia boleh menghantar seorang wanita untuk melihat dab menceritakan sifat-sifat wanita tersebut kepadanya.

Rasulullah SAW pernah menghantar Ummu Sulaim untuk melihat seorang wanita dan Baginda SAW berkata kepadanya, yang bermaksud:

"Lihatlah kedua-dua ketingnya, dan ciumlah bau badannya."
(Riwayat Hakim dalam kitab nikah, 2/166, dan beliau menghukumnya sahih).

Difahami daripada hadis di atas, perempuan yang dihantar oleh lelaki untuk melihat bakal tunangnya boleh melihat lebih daripada apa yang boleh dilihat oleh lelaki itu sendiri. Faedahnya tentulah lebih banyak lagi.

Wallahualam.

(Dipetik daripada kitab Fiqh Manhaji Mazhab Syafie, jilid 4, terbitan Pustaka Salam, m/s 715-717)

Catatan tambahan:
-hukum lelaki melihat wanita, yakni lelaki yg baligh, berakal, tidak dlm keadaan terpaksa, samada tua atau lemah, serta lelaki yg hampir baligh haram melihat mana2 anggota badan perempuan dewasa yg bukan mahramnya. Maksud perempuan dewasa ialah perempuan yg boleh menaikkn nafsu syahwat walaupun belum baligh.


- lelaki juga xboleh melihat wanita trsebut walaupun muka dan tapak tangan, sekalipun pandangan itu xmenimbulkan fitnah menurut pendapat yg sahih di dalam mazhab Syafie. Perempuan juga diharamkn melihat lelaki yg bukan mahramnya tanpa tujuan.

-kalau melihat pun dah haram, apatah lg memegang. Tapi lelaki boleh melihat perempuan bukan mahram dlm keperluan perubatan, jual beli, penyaksian, belajar spt belajar tajwid, atau fardhu ain atau sunat dll..

-termasuklah nadzhor, lelaki boleh melihat bahagian2 yg dibenarkan oleh syarak shj. Jgn sampai terikut2 fatwa yg mengatakn bahawa harus mengintai gadis yg ingin dikahwini itu ketika dia sedang mandi.. :P

-nak nadzhor berkali2 pun boleh, tapi niat kena betul, iaitu ingin melihat gadis kerana nak kahwin. Kdg2 xsemestinya seseorang itu akan terus kahwin lepas merisik, maybe dia xberkenan dlm sesuatu perkara yg xkena pd perempuan tersebut.


-benda ni sunat, kena faham..jgn tuduh org lelaki nk.ambil kesempatan utk tgok muke gadis, terutamanya yg berniqab tu... lebih baik bersemuka depan keluarga atau mahram atau kawan, jgn berduaan di satu bilik utk nadzhor supaya dpt mengelakkn drpd fitnah...

#Thanks so much Farish Ibnu Addin atas info ni
#Semoga kita semua dapat manfaat bersama

No comments:

Post a Comment