Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam sahabat-sahabat ku. Hari ini, saya nak terangkan hukum BERCOUPLE/BERCINTA dalam islam. Saya percaya ramai yang tak tahu apa hukum couple, dan ada segelintir yang tahu tapi pura-pura tak tahu. Saya sendiri, umur 23 tahun baru tahu couple tu haram rupanya..Sedih sangat bila di kenangkan zaman jahiliah saya dan saya tabik sangat- sangat pada sesiapa yang tak pernah pon terlibat dengan couple- couple ni.. Sangat kagum camne dorang jaga ati dan pergaulan.
Sedikit pengalaman saya, masa saya Sem 1, umur 18 tahun, ada member(jiran bilik kt kolej kediaman), bagi komik pendek bertajuk " Zina Hati " kat dalam pendrive. Dalam komik tu, menceritakan pelajar agama yang bercinta tapi dia jaga semuanya. Ingatkan solat, ingatkan tentang agama. Then one day, dia de borak ngan sorang brother ni. Brother tu yang sedarkan dia, even dia mampu jaga batas pergaulan, sembang sal agama, ingatkan waktu untuk solat, tapi dia tak dapat lari dari zina hati, iaitu mengingati gf dia, rindu gf dia, dok terbayang gf dia dan yang lebih parah kalau dok imagine perkara yang bukan- bukan. Selepas dari itu, dia sedar dan putuskan hubungan couple tersebut. saya tak pasti saya still simpan lagi ke tak komik tu sebab simpan dalam file picture, kalau ada, insyaallah saya akan try post pada masa akan datang. Sebab dah bertahun, takut juga saya buang. Time tu saya masih lagi tak sedar, sebab kalau tengok sekeliling, bercinta tu normal. Kat drama tv ke, movie ke, komik, novel, bercinta tu memang ada. Yang saya tau time tu, kena jaga batas dan niatkan untuk bernikah, bukan saja- saja, bukan untuk main- main.
Masa umur 22 tahun ,saya de beli buku " Aku Terima Nikahnya " ,sampai rakan sekerja tegur," dah nak kahwin ke? ", hahaha..Tak adalah, saya memang berminat baca topik tu, disamping timba ilmu untuk masa depan. Dalam buku tu, saya kagum dengan penulis dimana beliau bercinta selepas nikah. Kenal calon isteri pon melalui orang tengah. Kalau tak silap saya, first time berdepan face to face dengan bakal isteri pon time dorg datang umah bakal isteri untuk merisik/meminang camtu, sampai abang beliau terkejut. Tak pernah kenal pon, semua melalui orang tengah (kalau tak silap, orang tengah tu sahabat penulis). Masa tu dah nak start sedar, bahawa couple tu salah. Tapi keadaan saya masa tu 50-50, still ragu-ragu. Kemudian, saya de berkenalan dengan seorang hamba Allah ni.
Dalam kami berkawan, dia luah perasaan hati dia, tapi saya tolak, saya cakap tak boleh sebab couple tu salah. Tapi dia tak setuju dengan kata-kata saya, sebab cinta kan fitrah, perasaan tu Allah S.W.T yang bagi, asal plak salah/haram? . Dia de kakak yang pernah belajar di Universiti Al- Azhar dan juga abang ipar yang merupakan ustaz, juga satu universiti yang sama. Jadi saya pon rasa, mesti kakak dia lebih arif tentang hal agama. So sy de chat ngan kakak dia, tanya boleh ke couple ni. Antara yang saya ingat, kakak dia cakap kalau adik dia betul-betul nak, suh datang umah jumpa parents saya, dan dia juga bagitau yang couple tu boleh selagi kite jaga hubungan, jaga batas pergaulan, de mahram untuk teman kalau nak berjumpa (perkara ni dah bertahun, maaf kalau silap cite sebab tak berapa ingat). Bila kakak dia cakap camtu, then saya ingat boleh la tu couple, tak salah. Lepas tu saya bagitau kawan saya yang saya ok, saya terima hasrat ati dia.
Allah Maha Besar, Dia sangat sayangkan saya. Hubungan tu tak bertahan lama, lebih kurang 3 bulan sahaja tapi tu first time ditahap seyez gile. Saya sama cam korang, saya pernah bercinta dan saya tahu camne rasa bila sayangkan seseorang, bile break tu, hanya Allah jer yang tahu betapa perit dan sedih. Hari- hari teringat dan menangis. Saya amik masa untuk cool down untuk lupakan. Satu hari ni, saya nampak post dari group Tanya Ustaz di FB, dimana ustaz tu postkan tentang hukum couple. Saya baca dan baca, YUP, couple tu haram. Now i know. Dulu hampir nak yakin tapi 50-50. Tapi sekarang tak lagi. Saya muhasabah balik dan syukur sy putus cinta, Allah sayang saya, Dia nak jaga saya dari hubungan yang sia-sia, Dia nak elakkan saya dari maksiat, Dia nak selamatkan saya dari orang yang salah.If ex saya de depan saya, saya nak ucap terima kasih, tiap perkara insyaallah de hikmahnya. Tanpa semua ni, tak ada saya yang sekarang. -the end-
Ok, stop sal saya, tapi tulah kisah camne saya mula nak tahu dan sedar. Dengan ini, saya ingin berkongsi tentang apa hukumnya bercouple kerana masih ada yang tak tahu lagi dan sy sedih bila tengok ramai
sangat saudara2 seislam kita yang bercinta (maaf nk ckp,de yg smpi x ingt
batas2 pergaulan -.-") . Semoga kita sama- sama sedar dan insaf, insyaallah.
Baiklah, perasaan kasih sayang dan cinta itu
fitrah tapi bergantung pada bagaimana kite mampu menangani nye..Pernah dulu de kenalan yang balas pada saya, kan perasaan sayang dan cinta tu fitrah yang Allah S.W.T kurniakan, so kenapa pula haram? Ye, benar, perasaan itu fitrah yang Allah S.W.T bagi kepada kita semua yang bergelar manusia TETAPI fitrah itu kalau di salurkan kepada jalan yang salah, ia boleh bertukar kepada FITNAH sahabat- sahabat yang saya kasihi.
Saya ingin sekali kita semua mampu bercinta selepas nikah, mencintai pada yg halal
shj, bercinta selepas nikah lbih afdal n lbih indah, berkat dan dapat pahala, apa yang kita buat pon dapat pahala selagi tak menyalahi syarak dan agama..Dibawah ini
penjelasan tntang bercinta dalam islam..sesiapa yang rs tak mmpu
mengikut syarat2 berikut,maka biar lh stay berkawan shj n bercinta
selepas bernikah nnt.. .. ini peringatan buat diri saya n sahabat2 sy,insyaallah ..
Hukum berdua-duaan haram kerana mereka belum bernikah . Allah SWT
melarang menghampiri zina. Firman Allah SWT maksudnya, “Dan janganlah
kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang
keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa’(17) ayat 32).
Terdapat Lima Sebab Kenapa "Couple" Hukumnya Haram.
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan " istimewa” antara seorang lelaki dan wanita
seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk
berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti
tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,
bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti
ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke
peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan
istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti
memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam
pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,
perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah
bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di
antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam
mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang
menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan.
Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram,
maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka
bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita
muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si
lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan
bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya
diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya
umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan
buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara
pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan
negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan
direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang
menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam
amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar
itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam
mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana
Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila
ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami
berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan
pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.
Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan
kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa
ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya
mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan
maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan
dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan,
jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan
menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah
menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah
dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita,
Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah
memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi
S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan
nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.
Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah
keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau
tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia
pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya
mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki,
zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj
(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis
di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu
Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke
2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak
menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)
atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang
perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan
kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya
khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka
beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu
dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling
menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya
digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia
adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru,
penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar
adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu
kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat
terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan
yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara
marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang
menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang
digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di
hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan
secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang
perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu
dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka
status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku
daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
Harap maklumat ini dpt membantu kite semua mnjadi muslimin/muslimah yang lbh baik..insyaallah ..yg baik dtg dr allah,yg buruk dr sy sendiri,maaf ye
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks sis.. really helpful coz sye pon the ade crush dgn someone dekat tempat keje so everytime nampak dia je hati sye ni fah berbunga bunga.. so kalau kte pandang crush kte macam tu kira haram je ke?? Sye akan cuba kawal nafsu sye InsyaAllah.. mudah mudahan sye dapat elakkan diri daripada buat zina. Astaghfirullah halazim
ReplyDeletealhamdulillah atas respon saudari.saya rasa seronok kalau dapat berkongsi ilmu & moga sama2 kite semua berubah ke arah kebaikan.. tentang pandang "crush" awk tu di kira haram je ke, susah sy nk cakap sbb sy juga masih jahil & byk kekurangan pada diri..sy juga kurang mahir dalam bidang agama..sy galakkan awk byk membaca buku2 tarbiah contohnya dari tarbiah sentap & juga dengar kuliah agama..byk ilmu dari situ yg kite boleh belajar , insyaallah ^_^
ReplyDeletesaya cuma nak tanya, if kita panggil patner "bebyy", zina lidah ye?
ReplyDelete