Monday, 15 August 2016

~ Hikmah Bertudung Labuh ~

Bismillahirrahmanirrahim.

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Assalamualaikum to all readers~ :)


Ada sesiapa tak kat sini yang pakai tudung labuh? Ce Angkat tangan sikit, huhu.. Tak kisah lah member ke, saudara ke, adik- beradik ke, mak or makcik ke, ataupun anda sendiri. Kalau anda di kalangan yang mengenakan tudung labuh, saya ucapkan tahniah. Sebab saya tau de segelintir yang belum terbuka ati lagi, belum bersedia, rasa diri ini tak layak, tak kurang juga yang takut berasa terlalu panas dan macam- macam sebab lagi. Moga- moga Allah S.W.T membuka hati mereka semua ya, Insyaallah. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit hikmah memakai tudung labuh :) 
 
Selalukan, orang suke cop yang pakai tudung labuh ni " alim ", " ustazah " , " budak sekolah agama ". Saya pun turut terasa tempiasnye. Kadang- kadang rasa pelik juga, adakah mereka fikir, pakai tudung labuh ini hanya untuk mereka yang " mendalami agam a" or terlibat dalam " hal agama " ?. Actually, it's a NO. Ia adalah untuk semua perempuan islam.

Saya sentiasa rasa diri ini tak layak pun di anggap "ustazah" or "alim" oleh orang sekeliling. Saya hanya menunaikan tanggungjawab untuk menutup aurat dengan sempurna sebagai orang islam. Lagipun, banyaklah faedah bertudung labuh ni, rasa selamat dan terlindung, terjaga dari mata- mata liar. Tak semestinya yang berpakaian sebegini, 100% " bakal ustazah " , sebaliknya mereka menggambarkan bagaimana seorang wanita islam, bagaimana pemakaian seorang wanita islam yang telah di syariatkan oleh agama, bagaimana itu pemakaian yang menutup aurat.

Baiklah, apa agaknya Hikmah Bertudung Labuh ye ? . Dengan ini saya ingin berkongsi penulisan dari seorang hamba Allah ini, moga kita semua termasuk saya sendiri dapat manfaat darinya.

Saudara- saudaraku sekalian, tudung ini bukan sekadar menutupi, tetapi melindungi. Juga sering mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri, kerana akhlak itu bunga diri. Jangan kau sangka labuhnya tudungku, tanda alimnya diriku. Kerana aku juga sepertimu, masih tercari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.

Teruskan membaca wahai Muslimah ---->

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada boleh la kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. 

Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati.

Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. 

InsyaAllah~

** Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah~

 Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT. Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Let's fighting for the best Iman.!!!

Psst : Perbetulkan 'niat', maka Allah akan menolongmu.

‪#‎copypaste‬ dr.tengku ismadi#

Kelebihan Besar Bila Bertudung Labuh ^_^

Tahukah anda 15 Kelebihan Besar Bila Kita Bertudung Labuh? 

Pernahkah kita melihat saudara-saudara kita yang bertudung labuh? Teringinkah kita untuk kelihatan ‘menyejukkan hati’ disamping mendidik hati dan diri seperti mereka? 

Jika berminat, alhamdulillah. Banyak kelebihan bila bertudung labuh. Berikut adalah keistimewaan bertudung labuh yang saya petik dari blog pendakwah bebas popular, Rusydee. 

Semoga sedikit sebanyak memberi semangat kita untuk bertudung labuh.

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga. 

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina. 

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu ‘A’yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda. 

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita. 

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran. 

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat. 

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling. 

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri. 

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga. 

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Mari Bertaubat ^_^

Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam sahabat-sahabatku.. Apa khabar kalian ? Moga sihat-sihat belaka dan dalam keadaan yang baik-baik sahaja :) Sebelum saya meneruskan topik kali ini iaitu " TAUBAT " , saya nak bertanya, apakah itu taubat sebenarnya? 

PENGERTIAN TAUBAT

Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga  تَوْبَة  (taubah) berasal dari perkataan تَوَبَ  (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali. Seseorang itu dikatakan تابَ  (taaba – telah bertaubat) sekiranya dia telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu. 

 Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia mentaati Allah. Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat menurut bahasa dan juga istilah Syaraknya.
 
PERINTAH BERTAUBAT

Adapun tentang bagaimana perintah Syarak kepada kita sebagai manusia untuk bertaubat, hal ini memang jelas dan banyak disebutkan dalam nas-nas Al-Quran dan juga Sunnah. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.” (Surah Al-Nur, 24: 31)

Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)

Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135)

Jika dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang ‘melampaui batas’, dalam ayat ini pula Allah mengatakan mereka yang telah ‘menzalimi diri mereka’. Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?

Dia menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika melakukan perbuatan maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya. Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri kerana perbuatan itu menambahkan dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat balasan buruk iaitu Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat dan binasa kepada dirinya. Itu yang dimaksudkan menzalimi diri. - taubat menurut al-quran dan sunnah

Saya ingin berkongsi sedikit perkongsian dari penulisan seorang admin " TARBIAH SENTAP " iaitu ustaz adnin , "Kalau kita bertaubat, kemudian kita ulang dosa yang sama, kemudian bertaubat, kemudian ulang dosa semula, adakah Allah akan ampunkan kita?"

Sebelum saya jawab, saya nak beritahu, apakah erti taubat? 

Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1) Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut. Itulah 3 rukun taubat.RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2) Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Adakah kata-kata taubat kita itu hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri! Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir!  Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.

3) Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4) Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

"Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)


”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)


“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)


Wallahua'lam.

Moga Allah ampunkan kita semua!

-Ustaz Adnin-

Semoga perkongsian tentang TAUBAT ini dapat memberi kita 1001 ilmu dan keinsafan. Allah S.W.T amat menyayangi kita dan selagi kite hidup, selagi itu kite berpeluang untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Dia. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dan kurang adalah dari saya sendiri. ^_^

Saturday, 13 August 2016

Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah

Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tengkorak.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezeki dari jalan yang tak disangka. Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.


#Credits to Ustaz Abu Basyer
#Fb Group Tanya Ustaz

Kemuliaan Orang Yang Bersedekah.

Kemuliaan Orang Yang Bersedekah.

Kisah Awan Yang Bercakap ,


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A..daripada Nabi SAW bersabda :


"Suatu ketika ada satu orang berada di suatu padang pasir,dia mendengar suara daripada awan : "Siramilah kebun si fulan" lalu awan itu menjauh dan mencurahkan air. Ternyata dikebun itu ada seseorang yang sedang mengurus air dengan sekopnya.

Lelaki itu bertanya kepadanya: "Wahai hamba Allah,siapa namamu?" Dia menjawab : "Fulan." Sama seperti nama yang dia dengar daripada awan tadi. Dia bertanya kembali: " Wahai hamba Allah,kenapa kau tanya namaku?"

Dia menjawab: "Aku mendengar suara daripada awan dimana inilah airnya. Awan itu berkata: "Siramilah kebun si fulan (disebutkannya) namamu. Apakah yang kau lakukan dalam kebunmu?"

Dia menjawab: "Kerana kau berkata seperti itu,(lalu diberitahy kepadanya) aku mengambil hasil yang keluar dari kebun ini,lalu aku sedekahkan satu pertiga daripadanya, aku makan satu pertiga daripadanya bersama keluargaku dan aku kembalikan satu pertiganya ke kebun."

Dalam riwayat lain disebutkan: "Dan aku berikan satu pertiganya untuk orang-orang miskin,orang yang meminta dan Ibnu sabil (musafir)

[Riwayat Muslim no 2984]

"Allah sentiasa suka dengan kebaikan yang kita lakukan terutama kepada insan yang memerlukan. Janganlah terlalu berkira untuk memberi sebahagian yang kita miliki. Bukankah apa yang kita ada semuanya daripada pemberian Allah?"


#Credits to Ustaz Abu Basyer
#Fb Group Tanya Ustaz

Katakan tidak kepada Mengumpat (ghibah) !

Apabila kita menceritakan keburukan orang sedangkan perkara itu adalah benar, maka kita telah melakukan dosa MENGUMPAT yakni seperti memakan daging saudara kita sendiri. Apabila kita menceritakan tentang keburukan orang sedangkan perkara itu adalah salah, maka kita telah melakukan dosa FITNAH yakni seperti membunuh sesama Islam

So, nak buat macam mana ni? Berkatalah yang baik atau kamu diam, FULL STOP. Kalau tak nak aib peribadi kita dibuka oleh Allah kepada manusia lain, JANGAN pernah kita buka aib peribadi orang lain! 

Apa punca kita buka aib orang lain?

Punca utama kita "ter"buka aib orang adalah apabila kita mula MENGUMPAT (ghibah) !!


Apa punca utama kita mengumpat?


Punca utama kita mengumpat adalah apabila kita mula mencari-cari kesalahan dan dosa PERIBADI orang lain (tajassus). Apabila kita dah pandai tajassus, maka kita akan mula BERSANGKA BURUK. Bila kita dah mula sangka buruk, maka di situ permulaan kita mengumpat !

Apa kesan mengumpat?

Kesannya adalah hilangnya sifat ukhuwwah fillah dalam diri muslim. Hatta sesama ikhwah akhwat sekalipun ! Bila berjumpa mulut manis macam harumanis, tetapi bila belakang mulut busuk macam sampah!

Nampak tak domino effect atau kesan berantai mengumpat ni. Bukan cikai-cikai je, sebab tu bila mengumpat, kita ibarat makan daging saudara sendiri. Sebab kesannya berantai!

Bahkan kita akan "ketagih" buat dosa mengumpat ni, malah kita akan buat dosa-dosa yang lain juga!

Jom kita letak azam tahun baru 2016 ni, antaranya adalah kita TINGGALKAN mengumpat (ghibah). Dalam satu hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah pesan kepada Abu Dza yang mana kalau nak kuatkan amal soleh, KUNCI utamanya adalah MENAHAN kejahatan KITA terhadap manusia lain.

Sebab tindakan ni adalah sedekah dari diri kita sendiri UNTUK DIRI SENDIRI juga.

Moga Allah bagi kekuatan pada kita tahun 2016 ni dan tahun-tahun akan datang untuk MENAHAN lidah kita dari mengumpat dan membuka aib PERIBADI orang lain.
 
Kesimpulan dari bab "Mata Rantai Aib", Buku Al Awaiq (Hambatan-hambatan dakwah) tulisan Ahmad Ar Rasyid -

Akhir kata dari saya, " Katakan tidak kepada Mengumpat! (ghibah) " 

Apakah Itu Baitul Muslim, Erti & Ciri- Cirinya ??

Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam :) Apakah yang dimaksudkan dengan Baitul Muslim ye? Untuk pengetahuan kita semua, Baitul Muslim adalah rumah tangga yg berteraskan ajaran islam . Untuk melahirkannya, Baitul Muslim perlu ada Sakinah Mawaddah dan Warahmah. Sesiapa sahaja yang baru berkahwin akan mengharapkan keluarga yang baru dibina mendapat ketenangan (sakinah), cinta dan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (wa rahmah) sesama pasangannya.

APAKAH ERTI KELUARGA SAKINAH ITU?


Dalam bahasa Arab, kata sakinah di dalamnya terkandung erti tenang, terhormat, aman, merasa dilindungi, penuh kasih sayang, mantap dan memperoleh pembelaan. Namun, penggunaan nama sakinah itu diambil dari al Quran surah ar-Rum (30) ayat 21,"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

"litaskunu ilaiha", yang maksudnya :" bahwa Allah SWT telah menciptakan jodoh bagi manusia agar yang satu merasa tenteram terhadap yang lain".Jadi keluarga sakinah itu adalah keluarga yang semua anggota keluarganya merasakan cinta kasih, keamanan, ketentraman, perlindungan, bahagia, keberkahan, terhormat, dihargai, dipercaya dan dirahmati oleh Allah SWT.

APAKAH ERTI MAWADDAH WA RAHMAH ?

Di dalam keluarga sakinah itu pasti akan muncul mawaddah dan rahmah (dalam surah ar-Rum ayat 21).

Mawaddah adalah jenis cinta membara, yang menggebu-gebu kasih sayang pada lawan jenisnya (boleh dikatakan mawaddah ini adalah cinta yang didorong oleh kekuatan nafsu seseorang pada lawan jenisnya). Kerana itu, Setiap mahluk Allah kiranya diberikan sifat ini, mulia dari haiwan sampai manusia. Mawaddah cinta yang lebih condong pada material seperti cinta kerana kecantikan, ketampanan, badan yang menggoda, cinta pada harta benda, dan lain sebagainya. Mawaddah itu sinonimnya adalah mahabbah yang ertinya cinta dan kasih sayang.

Wa ertinya dan,Sedangkan Rahmah (dari Allah SWT) yang bererti keampunan, anugerah, kurniaan, rahmat, belas kasih, rezeki. (lihat : Kamus Arab, kitab ta’riifat, Hisnul Muslim (Perisai Muslim)

Jadi, Rahmah adalah jenis cinta kasih sayang yang lembut, siap berkorban untuk menafkahi dan melayani dan siap melindungi kepada yang dicintai. Rahmah lebih condong pada sifat hati atau suasana batin yang terimplementasikan pada wujud kasih sayang, seperti cinta tulus, kasih sayang, rasa memiliki, membantu, menghargai, rasa rela berkorban, yang terpancar dari cahaya iman. Sifat rahmah ini akan muncul manakala niat pertama saat melangsungkan pernikahan adalah kerana mengikuti perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW serta bertujuan hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT.

APAKAH CIRI- CIRI KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH ITU ?

Ciri-ciri keluarga sakinah mawaddah wa rahmah itu antara lain:

Menurut hadis Nabi SAW, asas keluarga sakinah itu ada empat perkara :

Sabda Nabi SAW maksudnya : “ Empat hal akan menjadi faktor yang mendatangkan kebahagiaan keluarga (arba`un min sa`adat al mar’i), yakni 1. Suami / isteri yang setia (soleh/solehah), 2. Anak-anak yang berbakti, 3.Lingkungan sosial yang sihat (biah solehah) , dan 4. Dekat rezekinya (murah rezeki).”

Selain daripada empat ciri di atas apakah ciri-ciri lain yang boleh menyumbang kepada keluarga sakinah mawaddah wa rahmah? Terdapat empat ciri iaitu :

1. Memiliki kecenderungan kepada agama,

2. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda,

3. Sederhana dalam belanja,

4. Berlemah lembut dalam bergaul.

5. Hubungan antara suami isteri harus atas dasar saling memgharapkan, seperti pakaian dan yang memakainya (hunna libasun lakum wa antum libasun lahunna, Q/2:187).

Fungsi pakaian ada tiga, iaitu (a) menutup aurat, (b) melindungi diri dari panas dingin, dan (c) perhiasan.

Suami terhadap isteri dan sebaliknya harus menfungsikan diri dalam tiga hal tersebut. Jika isteri mempunyai suatu kekurangan, suami tidak menceriterakan kepada orang lain, begitu juga sebaliknya. Jika isteri sakit, suami segera mencari ubat atau membawa berjumpa doktor, begitu juga sebaliknya. Isteri harus selalu tampil membanggakan suami, suami juga harus tampil membanggakan isteri, jangan terbalik jika saat keluar rumah isteri atau suami tampil menarik agar dilihat orang ramai. Sedangkan giliran ada dirumah suami atau isteri berpakaian seadanya, tidak menarik, sehingga pasangannya tidak menaruh simpati sedikitpun padanya. Suami isteri saling menjaga penampilan pada masing-masing pasangannya.

6. Suami isteri perlulah bergaul sesama mereka dengan pergaulan yang makruf.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.

7. Suami isteri secara tulus menjalankan masing-masing kewajibannya dengan didasari keyakinan bahwa menjalankan kewajiban itu merupakan perintah Allah SWT yang dalam menjalankannya harus tulus ikhlas. Suami menjaga hak isteri dan isteri menjaga hak-hak suami. Dari sini muncul saling menghargai, mempercayai, setia dan keduanya terjalin kerjasama untuk mencapai kebaikan didunia ini sebanyak-banyaknya melalui ikatan rumah tangga.


Suami menunaikan kewajiabannya sebagai suami kerana mengharap redha Allah. Dengan menjalankan kewajiban inilah suami berharap agar amalnya menjadi berpahala disisi Allah SWT. Sedangkan isteri, menunaikan kewajiban sebagai isteri seperti melayani suami, mendidik anak-anak, dan lain sebagainya juga berniat semata-mata kerana Allah SWT. Kewajiban yang dilakukannya itu diyakini sebagai perinta Allah, tidak memandang kerana cintanya kepada suami semata, tetapi di balik itu dia niat agar mendapatkan pahala di sisi Allah melalui pengorbanan dia dengan menjalankan kewajibannya sebagai isteri.

8. Semua anggota keluarganya seperti anak-anaknya, isrti dan suaminya beriman dan bertaqwa kepada Allah dan rasul-Nya (shaleh-shalehah). Artinya hukum-hukum Allah dan agama Allah terimplementasi dalam pergaulan rumah tangganya.

9. Rezekinya selalu bersih dari yang diharamkan Allah SWT. Penghasilan suami sebagai tonggak berdirinya keluarga itu selalu menjaga rezeki yang halal. Suami menjaga agar anak dan isterinya tidak berpakaian, makan, bertempat tinggal, memakai kendaraan, dan semua pemenuhan keperluan dari harta haram. Dia berjuang untuk mendapatkan rezeki yang halal saja.

10. Anggota keluarga selalu redha terhadap anugrah Allah SWT yang diberikan kepada mereka. Jika diberi lebih mereka bersyukur dan berbagi dengan fakir miskin. Jika kekurangan mereka sabar dan terus berikhtiar. Mereka keluarga yang selalu berusaha untuk memperbaiki semua aspek kehidupan mereka dengan wajib menuntut ilmu-ilmu agama Allah SWT.

BAGAIMANA MEWUJUDKAN KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH ITU?

Untuk mewujudkan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah perlu melalui proses yang panjang dan pengorbanan yang besar, di antaranya:

1. Pilih pasangan yang soleh atau solehah yang taat menjalankan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SWT.

2. Pilihlah pasangan dengan mengutamakan keimanan dan ketakwaannya dari pada kecantikannya, kekayaannya, kedudukannya.

3. Pilihlah pasangan keturunan keluarga yang terjaga kehormatan dan nasabnya.

4. Niatkan saat menikah untuk beribadah kepada Allah SWT dan untuk menghidari hubungan yang dilaran Allah SWT

5. Suami berusaha menjalankan kewajibannya sebagai seorang suami dengan dorongan iman, cinta, dan ibadah. Seperti memberi nafkah, memberi keamanan, memberikan didikan islami pada anak isterinya, memberikan makanan dan minuman yang halal, menjadi pemimpin keluarga yang mampu mengajak anggota keluaganya menuju redha Allah dan syurga -Nya serta dapat menyelamatkan anggota keluarganya daripada seksa api neraka.

6. Isteri berusaha menjalankan kewajibann ya sebagai isteri dengan dorongan ibadah dan berharap redha Allah semat-mataa. Seperti melayani suami, mendidik anak-anaknya tentan agama islam dan ilmu pengetahuan, mendidik mereka dengan akhlak yang mulia, menjaga kehormatan keluarga, memelihara harta suaminya, dan membahagiakan suaminya.

7. Suami isteri saling mengenali kekurangan dan kelebihan pasangannya, saling menghargai, merasa saling memerlukan dan melengkapi, menghormati, mencintai, saling mempercai kesetiaan masing-masing, saling berlapang dada dan sentiasa berkomunikasi dengan baik.

8. Berkomitmen menempuh perjalanan rumah tangga untuk selalu bersama dalam mengarungi badai dan gelombang kehidupan.

9. Suami mengajak anak dan isterinya untuk solat berjamaah atau ibadah bersama-sama, seperti suami mengajak anak isterinya bersedekah pada fakir miskin, dengan tujuan suami mendidik anaknya agar gemar bersedekah, mendidik isterinya agar lebih banyak bersukur kepada Allah SWT, berzikir bersama-sama, mengajak anak isteri membaca al-Quran, berziarah kubur, menuntut ilmu bersama, bermusafir untuk melihat keagungan ciptaan Allah SWT. dan lain-lainlagi.

10.Suami isteri selalu memohon kepada Allah agar diberikan keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Membaca zikir al-Mathurat setiap hari waktu pagi dan petang semuga diberikan Allah SWT keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan .

11. Suami secara berkala mengajak isteri dan anaknya ziarah saudara mara dan melihat tempat-tempat bersejarah untuk melahirkan kecintaan kepada pejuang-pejuang Islam yang banyak berkorban dijalan Allah SWT.

12. Saat menghadapi musibah dan kesusahan, selalu mengadakan musyawarah keluarga. Dan ketika terjadi perselisihan, maka anggota keluarga cepat-cepat memohon perlindungan kepada Allah dari keburukan nafsu amarahnya.

Marilah sama-sama kita memperbaiki hubungan sesama kita di dalam keluarga. Suami, isteri dan anak-anak perlu sentiasa kasih mengasihi, bantu membantu dan saling bertolak ansur di dalam perkara yang berlainan pendapat atau pandangan. Masing-masing perlu menjaga adab-adab sopan dalam pergaulan di dalam keluarga supaya keluarga yang sedang di bina mendapar rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan melahirkan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.


Semoga kita semua mendapat ilmu dan manfaat di atas perkongsian ilmu ini.
Segala yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang kurang dari saya sendiri. Wallahualam ^_^

# Credits to Ustaz Abu Basyer
# https://www.facebook.com/groups/tanyaustaz/