Terdapat 3 bentuk hukuman atau peruntukan dalam kesalahan jenayah dalam Perundangan Islam iaitu :
Pertama : Hukum Hudud
Kedua : Hukum Qisas dan Diat
Ketiga : Hukum Takzir
Huraiannya :
Pertama : Hukum Hudud.
Dari segi bahasa Hudud bermaksud pencegahan / penghalang.
Dari
sudut istilah pula Hudud bermaksud : Keseksaan atau hukuman yang
bentuknya telah ditetapkan oleh Allah SWT yang wajaib dilaksanakan bagi
tujuan menjaga hak Allah SWT atau dengan lain perkataan juga disebut
sebagai menjaga kepentingan awam/ umum.
Firman Allah
SWT maksudnya : "Itulah batas-batas larangan (hudud) Allah maka
janganlah kamu menghampirinya." (Surah al-Baqarah ayat 187)
Terdapat 7 kesalahan-kesalahan hudud :
1. Zina
2. Menuduh zina
3. Minum arak
4. Mencuri
5. Merompak
6. Murtad
7. Penderhakaan
Pertama Hukum Hudud :
A. Pengertian Hudud :
Dari segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
Dari
segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan
oleh nas-nas Al-Quran dan As Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak
Allah SWT kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau
ditambah.
Firman Allah SWT maksudnya : “Itulah
hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya,
dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim”(Surah al-Baqarah ayat 229)
B. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya :
1. Zina iaitu persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman
: Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali.
Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
2.
Qazaf (menuduh zina) iaitu melemparkan tuduhan zina tanpa bukti
terhadap orang yang baik dan tidak membawa 4 orang saksi yang adil.
Hukuman : sebat 80 kali
3. Minum arak iaitu meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
4. Mencuri iaitu mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
5. Merompak iaitu mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman
: Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja
hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan
kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi
kesalahan seterusnya. Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam
hendaklah dipenjara
6. Riddah (murtad) iaitu keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman
: Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua
jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman
hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt
penjara @ wang.
7. Pemberontakan. - hukumannya bunuh atau pun di penjarakan.
Jika
seseorang telah melakukan kesalahan hudud seperti zina, jika
undang-undang hudud telah di laksanakan di dalam negara islam , jika
seseorang engan mengaku di hadapan hakim bahawa dia telah berzina, maka
dosanya tak di hukum di dunia tetapi dia tak akan terlepas di hari
akhirat nanti. Hukuman di dunia akan menghapuskan dosanya dan dia tak
akan di kenakan hukuman di hari akhirat. Tetapi jika sekarang ini hukum
hudud tak ada di jalankan di dlm negara kita maka cara untuk seseorang
bersihkan dirinya daripada kesalahan zina maka hanya dengan bertaubat
nasuha sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun segala dosa.
#Group Tanya Ustaz
#Ust. Abu Basyer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment