Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil..
Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba Nya..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )” Terkadang Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti bersama seseorang bukan
kerana kita tidak lagi mencintai nya tetapi kerana kita menyedari bahawa
orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Kita Berat Melepaskan Kerana:
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…
♡ ~ “Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8) ~ ♡
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
Saturday, 19 July 2014
Wednesday, 16 July 2014
Hikmah Bertudung Labuh
Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')
Hikmah Bertudung Labuh. Tudung ini bukan sekadar menutupi, tetapi melindungi. Juga sering mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri, kerana akhlak itu bunga diri. Jangan kau sangka labuhnya tudungku, tanda alimnya diriku. Kerana aku juga sepertimu, masih tercari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.
Teruskan membaca wahai Muslimah ---->
“Awak ambik kos Pendidikan Islam.??”
“Tak. :)”
“Habis tu.?? Aaaa~ mesti ambik kos Bahasa Arab atau Syariah kan.”
“Tidak juga, saya study kos International Business. :)”
“Saya ingatkan Ustazah tadi.”
Hmm~ soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh. Asal tudung labuh je ingat Ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan Agama.
Haishh~ saya bukan Ustazah, bukan juga anak Ustaz. Saya bertudung labuh sebab saya seorang Muslimah.! Iye, betul biasanya Ustazah yang pakai tudung labuh. Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh.?
Sebagaimana firman-Nya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh, sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dah tu kenapa bertudung labuh.?"
Awak, Islam menyarankan Muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri boleh mendidik si pemakainya.
“Eh tudung pun boleh jadi cikgu.?”
Boleh dikatakan begitu. Cuba awak bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco.? Ya, kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu. Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak. Yela, takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena histeria. Kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai.
Nauzubillah~
Bila berjalan kat mana-mana, jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih. Paling tidak pun mereka bagi salam.
“Assalamualaikum Ustazah. Tak jawab dosa taw.”
Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki akan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya.
Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
“Kenapa saya.?”
“Sebab saya tengok awak alim je.”
“Kenapa.?? Sebab saya pakai tudung labuh.??"
Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya.
Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada boleh la kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati.
Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.
Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. InsyaAllah~
** Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah~ Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT. Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
Let's fighting for the best Iman.!!!
Psst : Perbetulkan 'niat', maka Allah akan menolongmu.
#copypaste dr.tengku ismadi#

Friday, 11 July 2014
Tarawih: Wajarkah wanita hadir?
Assalamualaikum dan selamat malam semua..Camne dengan ramadhan anda semua? Berapa ramai yang pergi solat terawih ye..Malam ni saya nak share tentang wajarkah kaum wanita menghadiri solat terawih.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Seperti yang anda sedia maklum, RAMADAN adalah bulan ibadah untuk semua termasuk buat kaum Hawa. Mereka juga tidak ketinggalan bersama dengan suami dan ahli keluarga yang lain menghidupkan malam sepanjang Ramadan.
Kita boleh lihat rata-rata masjid seluruh negara dipenuhi hampir sebahagian golongan wanita sepanjang bulan yang diberkati ini. Namun, wanita perlu tahu apakah yang wajar mereka pelihara dalam keghairahan menghidupkan malam Ramadan terutama solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau, agar usaha mereka melipatgandakan ibadah tidaklah bertukar atau bercampur-baur dengan hal yang ditegah agama
Suatu ketika, seorang sahabat bernama Ummu Humaid RA ingin mengikuti solat bersama Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Maka Baginda SAW memberikan satu jawapan yang cukup indah dan berkesan kepada beliau: “Sungguh aku tahu bahawa engkau gemar solat bersamaku, sedangkan solatmu di dalam bilikmu lebih baik daripada solatmu di rumah, dan solatmu di rumah lebih baik daripada solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah).
Hadis ini seakan memiliki kaitan erat dengan hadis daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya. Dan sedekat-dekat seseorang wanita itu kepada Tuhannya adalah di saat dia berada di bahagian yang paling tersembunyi di dalam rumahnya.” (Riwayat Al-Tirmdzi & Ibn Khuzaimah)
Berdasarkan dua hadis tersebut jelaslah keadaan yang paling selamat yang Islam anjurkan untuk golongan wanita ialah untuk sentiasa berada pada keadaan yang tersembunyi, termasuk ketika waktu solat.
Jika wanita menghadiri solat berjemaah di masjid, maka tempat terbaik bagi mereka sudah tentulah di kawasan yang dikhaskan untuk wanita. Antara adab lain yang wajar dipraktikkan wanita yang berkeinginan untuk hadir ke masjid terutama di bulan Ramadan bagi mendirikan solat tarawih ialah seperti berikut:
Niat Ikhlas
Sewajarnya bagi setiap wanita yang berhajat untuk mendirikan solat Tarawih di masjid memastikan agar niatnya adalah ikhlas kerana ALLAH SWT. Tidak sepatutnya keinginannya untuk ke masjid didasarkan atas urusan lain seperti ingin bertemu dengan rakan, jiran, atau sekadar mengikut orang lain yang berpusu-pusu ke masjid.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang datang ke masjid untuk tujuan tertentu, maka itulah yang menjadi bahagiannya.” (Riwayat Abu Daud)
Meminta izin
Sebelum pergi ke masjid, wajib bagi seseorang wanita itu memohon izin daripada ayah (bagi yang masih belum berkahwin) atau suaminya.
Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kalian melarang wanita daripada menghadiri masjid setelah mereka meminta izin daripada kalian.” (Riwayat Muslim)
Begitu juga di dalam riwayat Muslim yang lain dinyatakan: “Apabila isteri kalian meminta izin untuk ke masjid, maka berilah mereka izin.”
Setelah mendapat keizinan maka bolehlah seseorang wanita itu ke masjid.Tetapi jika tidak diizinkan maka wajiblah dia kekal untuk solat di rumah.
Ini kerana mentaati suami dan juga bapa itu hukumnya adalah wajib dan ia wajib didahulukan melebihi mana-mana perkara sunat.
Suami dan bapa atau penjaga pula perlulah mengizinkan jika telah dapat dipastikan pemergian isteri atau anaknya itu selamat daripada pelbagai bentuk fitnah.
Berhijab, menutup aurat
Dalam keterujaan memakmurkan masjid, jangan lupa hal yang lebih utama daripada itu iaitu perihal penjagaan aurat yang rata-rata masih ramai dalam kalangan golongan Hawa yang masih mengambil remeh akan hal ini.
Ramai yang pergi ke masjid dalam keadaan di bahagian atasnya bertelekung litup tetapi di bawahnya sendat, singkat, dan jarang pula jadinya. Hal seperti ini disebut sebagai tabarruj jahiliyyah yang mana ia dilarang keras oleh ALLAH.
ALLAH berfirman: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah bertabaruj (berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliah yang dahulu.” (Surah Al-Ahzab: 33)
Antara syarat menutup aurat ialah: Menutup seluruh badan, tidak membentuk tubuh, tidak singkat dan ketat, tidak jarang, tidak juga pakaian kemasyhuran, tidak juga pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan tidak juga berpakaian yang menyerupai pakaian golongan lelaki.
Tiada semburan wangian
Minyak wangi atau perfum kini seolah-olah tidak mampu lagi dipisahkan daripada kehidupan seorang wanita. Namun sedarkah wanita sekalian Nabi SAW melarang keras wanita daripada mengenakan minyak wangi terutama apabila mereka menghadiri masjid sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya.
Lebih keras lagi, Rasulullah SAW bersabda dalam hal ini: “Mana-mana wanita yang mengenakan wangi-wangian lalu keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangian tersebut).” (Riwayat Baihaqi)
Merendahkan suara
Perintah merendahkan suara secara umumnya bukanlah untuk golongan wanita sahaja, terutama apabila kita berada di masjid. Ini berdasarkan peringatan ALLAH yang bermaksud: "Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu.
Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara keldai." (Surah Luqman: 19)
Adapun bagi golongan wanita, adab bagi menjaga suara ini jauh lebih ditekankan Islam demi menjaga kehormatan wanita juga hati lelaki yang mendengarnya.
ALLAH berfirman: "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian bukanlah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara kamu ketika berbicara, sehingga ia boleh menimbulkan keinginan kepada orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan berbicaralah dengan kata-kata yang baik.” (Surah Al-Ahzab: 33)
Jika wanita suci seperti isteri Nabi Muhammad SAW masih diperintahkan agar menjaga lunak suara mereka, maka wajarlah wanita lain untuk mengambil iktibar daripada perintah ALLAH ini.
Menundukkan pandangan
Selain menjaga aurat dan lenggok suara, wanita juga diingatkan agar menundukkan pandangan mereka daripada melihat lelaki bukan mahram. Hal ini sangat biasa terjadi di kawasan umum termasuk di masjid.
Menjaga pandangan mata adalah antara kunci bagi menjaga kehormatan secara keseluruhannya. Jiwa yang mendatangi rumah ALLAH secara ikhlas untuk beribadah wajib memelihara matanya terlebih dahulu, barulah ia akan memberikan nilai yang terbaik kepada setiap ketaatan yang dilakukannya di masjid.
ALLAH berfirman: “Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka…” (Surah Al-Nur: 31)
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengumpamakan pandangan mata seperti cerminan hati. Apabila seorang hamba berjaya menjaga matanya pastilah ia akan berjaya menjaga syahwatnya.
Demikianlah secara ringkas hal yang wajar dijaga dan dititik-beratkan wanita yang ingin memakmurkan masjid ALLAH di bulan penuh berkat ini. Selain peringatan di atas, wanita juga wajib menjaga pergaulannya dengan lelaki, memelihara lidahnya serta adab asas Muslim apabila berada di masjid.
Semoga dengan penelitian dalam menjaga hal di atas dapat menjamin kualiti ibadah yang dikerjakan di masjid bahkan menambah lagi nilainya. Sebaliknya jika hal ini diremehkan ia bakal merendahkan nilai ibadah yang kita kerjakan dan ia adalah seburuk-buruk dan serugi-rugi pekerjaan.

Thursday, 10 July 2014
Apakah Kedudukan Purdah Di Dalam Mazhab Syafi’ie?
✿ Asy-Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat,
(1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan,
(2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad,
(3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan paha.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
✿ Syaikh Sulaiman al-Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
✿ Syaikh Muhammad bin Qaasim al-Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
✿ Ibnu Qaasim al-Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
✿ Taqiyuddin al-Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandangan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)
Sumber : http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/2012/04/hukum-niqab-purdah-dalam-perbahasan-4.html
P/S : Marilah kita belajar2 berpurdah.
Tuesday, 8 July 2014
Cara Memohon Keampunan ke atas Dosa-dosa Yang di Lakukan
Assalamualaikum dan selamat pagi..Dah tgh2 pagi buta ni,huhu..Saya nak share cara untuk memohon keampunan ke atas salah silap kita yang lepas,semoga dosa2 kita yang lalu diampunkan oleh Allah S.W.T
Sahabat yang dirahmati Allah,
Apa
yang perlu dibina didalam diri seorang muslim bukan hanya sikap
berwaspada dan berhati-hati dari menjauhi dosa. Malah tidak kurang
pentingnya menanamkan sikap yang benar tentang apa dan bagaimana yang
harus dilakukan ketika dosa-dosa itu terlanjur. Terdapat beberapa
jalan-jalan pengampunan yang dianjurkan oleh Islam yang boleh
mengurangkan azab keatas dosa-dosa malah boleh menghapuskan semua
dosa-dosa yang telah dilakukan.
Antara jalan-jalan pengampunan itu adalah :
1.Taubat.
Terdapat
banyak ayat-ayat Al-Quran, yang menyebutkan bahawa taubat itu berfungsi
sebagai pengecualian dari ancaman azab yang akan diberikan kepada
orang-orang yang melakukan kesalahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“kecuali
orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan
masuk Syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun.”
(Surah Maryam ayat 60)
Sabda
Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah
sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat
orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Taubat
yang dimaksudkan adalah Taubat Nasuha. Sebuah taubat yang dilakukan
dengan ikhlas dan benar. Bahkan ianya adalah termasuk jalan yang paling
besar dan luas untuk memperolehi pengampunan dari Allah s.w.t.
2.Istighfar.
Istighfar
dan taubat sebenarnya tidak jauh bezanya. Kedua-duanya adalah memohon
keampunan daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w .beristigfar lebih
tujuh puluh kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan
mengingati Allah s.w.t.
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya
syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak
akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih
ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah s.w.t. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku
dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar
memohon ampun kepada-Ku.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)
3.Amal-amal Kebajikan.
Amal
kebajikan yang dilakukan oleh seorang muslim akan dilipat gandakan oleh
Allah SWT menjadi sepuluh kali atau lebih. Oleh itu amal kebaikan juga
akan menjadi salah satu jalan pengampunan atas dosa-dosa kecil.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.”
(Surah Hud ayat 114)
Abu Dzar meriwayatkan dari hadis Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Bertakwalah
kepada Allah dimana saja kamu berada, dan iringilah perbuatan buruk itu
dengan perbuatan yang baik kerana ia boleh menghapuskannya…”
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
4.Musibah-musibah di dunia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya
setiap musibah yang menimpa seorang muslim menjadi penebus (kifarah)
atas dosanya. Bahkan sampai terpeleset kakinya, luka di jari jemarinya
atau pun duri yang mengenainya.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu
Hurairah)
Sekiranya
kita sabar diatas musibah yang datang kita akan mendapat pahala diatas
kesabaran kita tadi dan ia menjadi sebagai penebus dosa.Kalau kita
berkeluh kesah dan tidak sabar diatas ujian tadi maka kita akan mendapat
dosa diatas sifat keluh kesah tadi.
5.Siksa Kubur .
Azab
Kubur adalah suatu yang mesti diyakini kebenarannya. Ia juga merupakan
salah satu jalan pengampunan yang boleh meringankan azab yang ditimpakan
Allah kepada hamba-hamba-Nya kerana dosa dan kesalahan yang dilakukan.
Namun begitu azab kubur itu terbagi dua macam ;
Pertama
: azab kubur yang dirasai oleh orang-orang kafir selama-lamanya hingga
hari kiamat. Dari Baro’ bin Azib berkata, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud :
“Kepada
orang kafir yang sudah berada di kubur dibukakan suatu pintu yang
menghubungkannya dengan neraka, maka ia boleh melihat bakal tempat
duduknya di neraka itu sampai hari kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Kedua
: azab kubur yang waktunya terbatas. Azab ini di khususkan kepada
dosa-dosa yang dikategorikan sebagai ringan dan disesuaikan dengan
tingkat kesalahannya. Sehingga ia menjadi pengurang atau penebus azab
yang akan menimpanya di akhirat nanti.
6.Doa Orang Mukmin.
Doa
dan permohonan ampun dari orang mukmin yang diminta kepada Allah SWT
untuk diberikan kepada orang yang berdosa dan melakukan kesalahan.
Samaada yang melakukan dosa itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Doa
seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dengan tidak diketahuinya
adalah sangat mustajab. Diatas kepalanya diutus seorang malaikat.
Setiap kali ia berdoa dan memohon kepada Allah untuk saudaranya itu
suatu permohonan yang baik, maka mengaminkannya. Dan sesungguhnya
untukmu seperti yang engkau mohonkan untuk saudaramu itu.” (Hadis
Riwayat Muslim dari Abu Darda’)
7.Hadiah Pahala Untuk Muslim (yang telah meninggal dunia)
Apa
yang dihadiahkan seorang muslim yang masih hidup kepada saudaranya yang
telah meninggal dunia. Hadiah tersebut berupa pahala sedekah, haji dan
seumpamanya.
Para
ulama sependapat bahawa apabila meninggal dunia seorang muslim maka ia
masih dapat memperolehi manfaat dari orang yang masih hidup lantaran
dua perkara :
Pertama : Sumbernya dari orang yang mati itu sendiri ketika ia masih hidup seperti amal jariah.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila meninggal dunia seorang anak
Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah yang
ditinggalkan semasa hidupnya, ilmu yang di manfaatkan dan anak yang
soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
Kedua
: Doa kaum muslimin untuknya, pahala sedekah yang di peruntukkan
kepadanya, haji dan lainnya. Ada pun pahala dari amal-amal
seperti membaca Al-Quran, zikir dan lain-lain menurut Imam Ahmad dan
Imam Abu Hanifah boleh sampai kepada simati tersebut kalau memang
dihadiahkan kepadanya .
8.Syafaat Dari Mereka Yang Berhak Memberi Syafaat :
Diantara
jalan pengampunan yang lain ialah syafa’at dari mereka yang diizinkan
Allah untuk memberi syafaat. Syafaat untuk meringankan atau membebaskan
orang-orang yang harus mendapat seksaan di akhirat nanti. Mereka-mereka
yang diberi keistimewaan adalah seperti berikut :
Pertama : Rasulullah SAW .
Syafaat
untuk meringankan seksa keatas orang-orang tertentu seperti bapa
saudara baginda Abu Talib, begitu juga syafaat baginda ke atas
orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar agar boleh dikeluarkan dari
neraka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Diantara syafaatku ialah untuk orang yang melakukan doas besar dikalangan umatku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Kedua : Para Malaikat, para Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman ;
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud : “…maka para malaikat telah memberi
syafa’at, para nabi sudah memberi syafaat, orang-orang beriman telah pun
memberi syafaat… maka tidak ada lagi kecuali Zat Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. Kemudian setelah berkata demikian Allah mengambil
dengan sekali genggaman-Nya itu dari neraka orang-orang yang belum
pernah berbuat kebaikan sedikitpun…”
(Hadis Riwayat Muslim)
Namun
begitu, syafaat hanya berlaku untuk orang-orang yang memang dihatinya
ada tauhid meskipun sebesar atom.Syafaat tidak berlaku untuk mereka yang
memang harus kekal dalam neraka seperti orang-orang kafir. Maka jika
begitu kita mesti berhati-hati jangan sampai terjejas akidah kita kepada
Allah SWT
9. Ampunan dan Kemaafan Allah SWT. diluar Safaat-Nya.
Ini
adalah jalan pengampunan terakhir.Keampunan daripada Allah SWT yang
boleh meringankan atau menghapuskan sama sekali azab yang sepatutnya di
terima oleh sesaorang yang melakukan dosa dan kesalahan didunia.
Firman
Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni
dosa syrik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu
(syirik), bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah An-Nisaa’ ayat 48)
Ini
adalah jalan pengampunan yang terakhir. Semuanya bergantung kepada
kehendak Allah SWT. Untuk mengampuni siapa saja yang Dia kehendaki
selain daripada dosa syirik. Adapun mereka yang tidak diampuni dosanya
maka mereka terpaksa memasuki neraka terlebih dahulu untuk membersihkan
keimanannya daripada kotoran dosa-dosanya.
Sahabat yang dikasihi,
Jalan-jalan
pengampunan telah dihamparkan di hadapan kita. Terpulang pada kita
sejauhmana kita memerlukan pengampunan itu. Sebelum pertanyaan itu
diajukan kepada umat Islam sebagai sebuah komuniti justeru ia terlebih
dahulu pasti diajukan kepada diri-diri insan muslim.
Firman Allah SWT yang bermaksud ;
“Dan
bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang
bertakwa.”
(Surah Ali Imran ayat 133)
copy & paste
Monday, 7 July 2014
10 CARA MERAIH CINTA ALLAH SWT
1. Membaca Al Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini biasa dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut.
Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. [Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an]
2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.
Dengan inilah seseorang akan mencapai tingkat yang lebih mulia iaitu menjadi orang yang mendapatkan kecintaan Allah dan bukan hanya sekadar menjadi seorang pecinta.
3.Terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan
✅ hati dan
✅lisan atau
✅ dengan amalan dan keadaan dirinya.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan dzikir kepada-Nya.
4. Lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.
Begitu pula dia selalu ingin meningkatkan kecintaan kepada-Nya, walaupun harus menempuh berbagai kesulitan.
5. ✅merenungi,
✅memperhatikan dan
✅ mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali.
Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah.
6. memperhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.
7. menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah
8. menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.
9. duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah SWT dan bersama para shidiqin. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat.
Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahwa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.
10. menjauhi segala sebab yang dapat menghalangi antara dirinya dan Allah SWT .
Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh
Marilah mencapai cinta Allah SWT dgn cara2 yg kita bincangkan tadi. Cinta Allah. Cinta sejati. Allah tidak pernah mungkiri janji sbb janji Allah ada lah PASTI
Hukum BERCINTA/BERCOUPLE dalam Islam
Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam sahabat-sahabat ku. Hari ini, saya nak terangkan hukum BERCOUPLE/BERCINTA dalam islam. Saya percaya ramai yang tak tahu apa hukum couple, dan ada segelintir yang tahu tapi pura-pura tak tahu. Saya sendiri, umur 23 tahun baru tahu couple tu haram rupanya..Sedih sangat bila di kenangkan zaman jahiliah saya dan saya tabik sangat- sangat pada sesiapa yang tak pernah pon terlibat dengan couple- couple ni.. Sangat kagum camne dorang jaga ati dan pergaulan.
Sedikit pengalaman saya, masa saya Sem 1, umur 18 tahun, ada member(jiran bilik kt kolej kediaman), bagi komik pendek bertajuk " Zina Hati " kat dalam pendrive. Dalam komik tu, menceritakan pelajar agama yang bercinta tapi dia jaga semuanya. Ingatkan solat, ingatkan tentang agama. Then one day, dia de borak ngan sorang brother ni. Brother tu yang sedarkan dia, even dia mampu jaga batas pergaulan, sembang sal agama, ingatkan waktu untuk solat, tapi dia tak dapat lari dari zina hati, iaitu mengingati gf dia, rindu gf dia, dok terbayang gf dia dan yang lebih parah kalau dok imagine perkara yang bukan- bukan. Selepas dari itu, dia sedar dan putuskan hubungan couple tersebut. saya tak pasti saya still simpan lagi ke tak komik tu sebab simpan dalam file picture, kalau ada, insyaallah saya akan try post pada masa akan datang. Sebab dah bertahun, takut juga saya buang. Time tu saya masih lagi tak sedar, sebab kalau tengok sekeliling, bercinta tu normal. Kat drama tv ke, movie ke, komik, novel, bercinta tu memang ada. Yang saya tau time tu, kena jaga batas dan niatkan untuk bernikah, bukan saja- saja, bukan untuk main- main.
Masa umur 22 tahun ,saya de beli buku " Aku Terima Nikahnya " ,sampai rakan sekerja tegur," dah nak kahwin ke? ", hahaha..Tak adalah, saya memang berminat baca topik tu, disamping timba ilmu untuk masa depan. Dalam buku tu, saya kagum dengan penulis dimana beliau bercinta selepas nikah. Kenal calon isteri pon melalui orang tengah. Kalau tak silap saya, first time berdepan face to face dengan bakal isteri pon time dorg datang umah bakal isteri untuk merisik/meminang camtu, sampai abang beliau terkejut. Tak pernah kenal pon, semua melalui orang tengah (kalau tak silap, orang tengah tu sahabat penulis). Masa tu dah nak start sedar, bahawa couple tu salah. Tapi keadaan saya masa tu 50-50, still ragu-ragu. Kemudian, saya de berkenalan dengan seorang hamba Allah ni.
Dalam kami berkawan, dia luah perasaan hati dia, tapi saya tolak, saya cakap tak boleh sebab couple tu salah. Tapi dia tak setuju dengan kata-kata saya, sebab cinta kan fitrah, perasaan tu Allah S.W.T yang bagi, asal plak salah/haram? . Dia de kakak yang pernah belajar di Universiti Al- Azhar dan juga abang ipar yang merupakan ustaz, juga satu universiti yang sama. Jadi saya pon rasa, mesti kakak dia lebih arif tentang hal agama. So sy de chat ngan kakak dia, tanya boleh ke couple ni. Antara yang saya ingat, kakak dia cakap kalau adik dia betul-betul nak, suh datang umah jumpa parents saya, dan dia juga bagitau yang couple tu boleh selagi kite jaga hubungan, jaga batas pergaulan, de mahram untuk teman kalau nak berjumpa (perkara ni dah bertahun, maaf kalau silap cite sebab tak berapa ingat). Bila kakak dia cakap camtu, then saya ingat boleh la tu couple, tak salah. Lepas tu saya bagitau kawan saya yang saya ok, saya terima hasrat ati dia.
Allah Maha Besar, Dia sangat sayangkan saya. Hubungan tu tak bertahan lama, lebih kurang 3 bulan sahaja tapi tu first time ditahap seyez gile. Saya sama cam korang, saya pernah bercinta dan saya tahu camne rasa bila sayangkan seseorang, bile break tu, hanya Allah jer yang tahu betapa perit dan sedih. Hari- hari teringat dan menangis. Saya amik masa untuk cool down untuk lupakan. Satu hari ni, saya nampak post dari group Tanya Ustaz di FB, dimana ustaz tu postkan tentang hukum couple. Saya baca dan baca, YUP, couple tu haram. Now i know. Dulu hampir nak yakin tapi 50-50. Tapi sekarang tak lagi. Saya muhasabah balik dan syukur sy putus cinta, Allah sayang saya, Dia nak jaga saya dari hubungan yang sia-sia, Dia nak elakkan saya dari maksiat, Dia nak selamatkan saya dari orang yang salah.If ex saya de depan saya, saya nak ucap terima kasih, tiap perkara insyaallah de hikmahnya. Tanpa semua ni, tak ada saya yang sekarang. -the end-
Ok, stop sal saya, tapi tulah kisah camne saya mula nak tahu dan sedar. Dengan ini, saya ingin berkongsi tentang apa hukumnya bercouple kerana masih ada yang tak tahu lagi dan sy sedih bila tengok ramai sangat saudara2 seislam kita yang bercinta (maaf nk ckp,de yg smpi x ingt batas2 pergaulan -.-") . Semoga kita sama- sama sedar dan insaf, insyaallah.
Baiklah, perasaan kasih sayang dan cinta itu fitrah tapi bergantung pada bagaimana kite mampu menangani nye..Pernah dulu de kenalan yang balas pada saya, kan perasaan sayang dan cinta tu fitrah yang Allah S.W.T kurniakan, so kenapa pula haram? Ye, benar, perasaan itu fitrah yang Allah S.W.T bagi kepada kita semua yang bergelar manusia TETAPI fitrah itu kalau di salurkan kepada jalan yang salah, ia boleh bertukar kepada FITNAH sahabat- sahabat yang saya kasihi.
Saya ingin sekali kita semua mampu bercinta selepas nikah, mencintai pada yg halal shj, bercinta selepas nikah lbih afdal n lbih indah, berkat dan dapat pahala, apa yang kita buat pon dapat pahala selagi tak menyalahi syarak dan agama..Dibawah ini penjelasan tntang bercinta dalam islam..sesiapa yang rs tak mmpu mengikut syarat2 berikut,maka biar lh stay berkawan shj n bercinta selepas bernikah nnt.. .. ini peringatan buat diri saya n sahabat2 sy,insyaallah ..
Hukum berdua-duaan haram kerana mereka belum bernikah . Allah SWT melarang menghampiri zina. Firman Allah SWT maksudnya, “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa’(17) ayat 32).
Terdapat Lima Sebab Kenapa "Couple" Hukumnya Haram.
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan " istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
Harap maklumat ini dpt membantu kite semua mnjadi muslimin/muslimah yang lbh baik..insyaallah ..yg baik dtg dr allah,yg buruk dr sy sendiri,maaf ye

Subscribe to:
Posts (Atom)