C1. CABAR
Lelaki mempunyai
ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali
oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak
rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau
awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita
itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan
muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2
isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2
yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik
akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul
juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada
suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat
wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita
itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak
bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja
asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,
tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu
dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan
mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon
suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya
macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak
bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang
class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat
kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.
Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak
dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
7C ini
lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi
belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa &
lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami &
keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.
- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
---------------- ALLAH dekat dengan Isteri dizalimi ---------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment