Thursday, 25 September 2014

Cinta Dalam Doa ^_^


Yang betul mencintaimu bukanlah SI DIA yang sentiasa menggenggam erat tanganmu. Tapi adalah dia yang melepaskan tanganmu namun mengangkat tangannya untuk sentiasa mendoakan. Yang selalu mencintaimu bukanlah yang sentiasa meluahkan kata rindunya tapi dia adalah yang meluahkan rasa itu didalam tiap sujudnya. Dia yang mencintaimu tak semestinya yang sentiasa berusaha berada didepan matamu,namun dia adalah yang menjaga batasnya bersamamu agar nikmat sebuah perkahwinan itu dapat dirasai. Dan ternyata,kau tak mengerti caraku mencintaimu :')

Cara yang betul :

Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya...Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA....

>>> Jodoh milik ALLAH, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah (✿◠‿◠)

Cara Untuk Makan Bagi Para Niqabis

Assalamualaikum W.B.T. Hari ini saya akan share cara-cara untuk para niqabis di luar sana yang masih membuka niqab sekiranya hendak makan di luar atau belum biasa makan tanpa membuka niqab. Kredit diberikan pada tuan empunya post ini. Berikut adalah tip-tip (berdasarkan pengalaman penulis) yang boleh dikongsi bersama :

1st :Bila hendak makan, guna tangan kiri untuk selak niqaab, manakala tangan kanan untuk pegang makanan. Jangan selak niqaab terlalu tinggi untuk mengelakkan muka kelihatan.

2nd :Sekiranya anda baru hendak mula belajar, mulakan makan dengan tangan, contohnya kuih, nasi atau minuman yang berstraw kerana tangan lebih mudah untuk mengagak kedudukan mulut.

3rd :Sekiranya belum mahir, elakkan makan makanan berkuah seperti laksa, soto, dan sebagainya.

4th :Elakkan makan makanan yang berbau seperti kari dan sambal belacan kerana baunya akan ‘melekat’ pada niqaab. Elakkan juga bersin di dalam niqaab kerana situasi yang sama boleh berlaku.

5th :Sentiasa bawa niqaab bersih di dalam tas tangan, supaya boleh menukar niqaab yang dipakai sekiranya kotor atau berbau.

6th :Cari tempat duduk yang agak tersorok atau di tepi dinding supaya kita lebih terlindung.

7th :Sekiranya hendak minum air panas yang berbuih seperti teh tarik atau Nescafe tarik , minta suami/anak minumkan sedikit (jgn sampai habis.. hehee), sehingga lebih kurang 3/4 gelas. Ini untuk mengelakkan buih tadi terkena pada niqaab.

8th :Pastikan bahagian bawah niqaab yang diangkat tidak terkena/terpalit pada makanan.

Selamat mencuba! اِنْ شَآ ءَ اللّهُ 

- Perkongsian daripada Ummu Tolhah, House of NiQaaB -

~Jangan lupa baca doa makan~

#credits utk Nur Amalina Said

7 SEBAB SUAMI BENCI ISTERI...

C1. CABAR 

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.

- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

---------------- ALLAH dekat dengan Isteri dizalimi ---------------------

Sunday, 21 September 2014

La tahzan (Janganlah Bersedih)

La tahzan innallaha ma’ana (jangan bersedih, Allah bersama kita)
هاجر

TAZKIRAH: USAH BERSEDIH



1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan. 

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna. 

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya. 

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa. 

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal. 

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. 

Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..

(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)

Saturday, 20 September 2014

Seburuk-buruk Sifat

Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat. Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia.

 Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam. Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” –ayat 191 yang bermaksud:“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatanmembunuh …..”

Kita mengakui bahawa setiap insan itu mempunyai keaiban dan kesalahan yang telah dilakukannya. Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan kerana kalau dihebahkan bermaksud kita telah mengaibkan diri sendiri. 

Umpat-mengumpat diantara kaum Islam masih berluas-luasa berlaku sejak berzaman hingga ke hari ini dan mungkin berterusan, umpamanya masih terdapat mereka-mereka yang selepas bersolat di masjid-masjid atau surau-surau melakukan perkara-perkara seperti mengumpat sesama sendiri terutama ketika besembang di gerai-gerai atau warong sebelum pulang kerumah.

 Adakala apabila timbul isu politik, mereka lah orang yang bijak didalam bidang itu mengalahkan orang politik. Apabila terlalu jauh membicarakan hal-hal yang tidak bergitu diketahui betul atau tidak perkara yang dibincangkan maka terjadilah perbuatan memfitnah orang-orang yang berkaitan. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain. Apakan kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati? Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.

(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)

Let's Smile : )


Islam is more than a religion it is an entire way of life.

It teaches us how to behave from morning until night and it even tells us the best position to sleep in.  To some that might sound like 24 hours a day of rules and regulations but the truth is that Islam is such a natural way of life the rules become as easy as breathing.  One thing that is as easy as breathing is smiling.  That little curve of the mouth and wrinkling of the eyes that makes not only you but those around you feel good.  

A smile lightens the load and frees the spirit.  Try it!  See don’t you feel lighter and happier? 

Prophet Muhammad smiled, often and with real joy.  In fact he smiled so regularly that his smile and kind demeanour are mentioned time and time again in anecdotes and stories from his traditions.

Abdullaah ibn Haarith said, “I never came across a person who smiled as much as Prophet Muhammad.  Prophet Muhammad regarded smiling to a brother as an act of charity.”

Jarir ibn Abdullah said, “The Messenger of God never refused me permission to see him since I embraced Islam and never looked at me except with a smile (on his face).”

When one of Prophet Muhammad’s companions was asked if he sat with the Prophet he replied, “Yes, very often.  He (the Prophet) used to sit at the place where he observed the morning or dawn prayer till the sun rose or when it had risen; he would stand, and they (his Companions) would talk about matters (pertaining to the days) of ignorance, and they would laugh (on these matters) while (the Prophet) only smiled.”

One of the companions of Prophet Muhammad talks about his relationship with the Prophet when he (the companion) was a young boy.  Anas said, “The Messenger of God was one of the best men in character.  One day he sent me to do something, and I said: I swear by God that I will not go.  But in my heart I felt that I should go to do what the Messenger of God had commanded me; so I went out and came upon boys playing in the street.  All of a sudden the Messenger of God, who had come from behind, caught me by the back of the neck, and when I looked at him he was laughing.  ….

Prophet Muhammad, may the mercy and blessings of God be upon him, had a kind and gentle nature.  His beloved wife Aisha described his character as the Quran, meaning that Prophet Muhammad lived by the teachings of the Quran.  Thus the behaviour and personality of Prophet Muhammad are the best examples for us to follow in our own lives.  A companion who spent more than 10 years with Prophet Muhammad said, “Throughout my stay with him I never heard an indecent word from his lips and never found him rude to anyone.  He spoke very politely.  He was kind to everyone”.  The Prophet’s natural disposition led him to smile and laugh along with the people around him.

Consequently if the Prophet smiled, it must innately be something good for both ourselves and the people around us.  Islam was designed by the Creator to be the perfect way of life for humankind thus sometimes the smallest of things can have a big impact.   A smile is one of those things.  Therefore not surprisingly smiling has many many positive effects. 

Smiling is viewed across cultures as a sign of friendliness and it is a natural response that shares our happiness with others.  Smiling lowers the heart rate and temporarily reduces blood pressure.  It reduces stress by releasing endorphins that naturally diminish stress hormones simultaneously putting you in a better mood.  Endorphins also lessen pain.  

Smiling and laughter therefore are useful aids in health care.  Still in the area of health, smiling boosts the immune system by relaxing the body and allowing the immune system to react more quickly and effectively to invaders.   

Smiling has also been shown to increase productivity.  It also makes us look younger and according to at least one study smiling aids longevity possibly extending our lives up to seven years.  All this and smiling is contagious, therefore as you are gaining all these benefits you are spreading them around to all those who see you smiling and smile back. 

Prophet Muhammad was often described as kind and generous and his generosity included smiling at those around him.  

We know from scientific evidence just how powerful a smile can be.  In the early days  of Islam there were no articles or books to read.  The companions emulated their dear friend and Prophet knowing that his way of acting on every matter was the way approved of by God.  Did they realize just how beneficial smiling was, almost certainly not, but I am sure happiness washed over them and improved their health and demeanor every time Prophet Muhammad smiled at them.  Prophet Muhammad helped the needy and the poor and went to the houses of the sick to enquire after their health and whenever he met or passed by anyone he said “Assalam Alaikum” with a smile upon his face.   

Before we all go out with renewed vigor for smiling and laughing with friends and family there are just a few small points to remember.  Islam is the middle way, we are a nation that should be known for our moderation, thus laughing and joking relentlessly is not the best way to behave.  Remember that although Prophet Muhammad laughed and joked with his family and companions even giving them friendly nicknames he always behaved sensibly with fine moral principles.  He never joked in a way that hurt someone’s feelings or joked about things that were not true.

In fact he was heard to say “woe to the one who speaks and lies in order to make people laugh; woe to him, woe to him.”

Smile – it is worth more than you know.

Muslimah Sejati/Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)

“Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga." 

 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)
“InsyaAllah ustazah..!”

Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.

“Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji.”

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 :
“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”

Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya masalah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!

“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

#CopyPaste - Penulis : Mohd Kasim

Wednesday, 17 September 2014

~Niqab vs Malu~


Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata:

"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."
Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya.

"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?"
"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.

"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas.


"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.
"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.

Cuba tengok keadaan sekeliling, yang berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah hitam semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang bodi pun at least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?

Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.

"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.

"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang berbogel pun rasa 'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain). Manakala pendapat yang daif pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni. 

Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA. 

Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat? 

Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik-munafik di fb." Saya jawab.
"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.

"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan lelaki.

Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.

"Alhamdulillah ustad, saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustad syorkan..." 

Jawapan akhirnya.
Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang diajar Rasulullah tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini. 

Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-foto korang tu. Jangan kecewakan Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi belajarlah sesuatu dari kalam ini dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?

Jahil: Tidak mengetahui.
Bodoh: Tak boleh berfikir.

Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).

#CopyPaste

Pesanan untuk Bakal Suami , Isteri & Pengantin

Kepada Bakal Suami,
Andai berpurdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu. Andai berpurdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercela..


Kepada Bakal Isteri,
Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.


Kepada Bakal Suami,
Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya.


Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajipanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.


Kepada Bakal Pengantin
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu..

Kisah Penghijrahan Si Selfie

Assalamualaikum semua.

Ingin saya berkongsi satu cerita penghijrahan harini..Cerita mengenai si Selfie..Semoga bermanfaat...
Si Selfie:

Sama seperti remaja..apa yang dia buat, makan, pakai, semua akan di upload di laman sosial.. Setiap kali dia post, mesti akan ramai LIKE dan COMMENT..
Adatlah di laman sosial.. Setiap kali dia makan, mesti dia upload..
Setiap kali dia beli barang baru, upload juga..Setiap kali dia keluar, upload..
Tak kurang juga dengan teknologi kini, dengan fish eye dan sebagainya.. Menambah menarik ketika upload gambar..

Baru-baru ni, trend pakaian semakin menarik.. Paplumnya, wide shawlnya, hijabistanya..Semua dia upload..
TETAPI,
Apa yang menarik sekarang adalah fashion Niqab dan Purdah..Dia sentiasa perhati bila niqabis upload gambar, mesti beribu LIKE dan COMMENT, terutama ustaz-ustaz laman sosial..
Dia mencuba untuk upload gambar berniqab dan memang ramai yang LIKE berbanding gambarnya yang biasa.. Semenjak itu, caption si selfie adalah "niqabis part time" Hakikatnya, di luar, dia masih berpakaian seperti biasa. Menutup aurat tapi tidak sempurna tertutup..

Dia berasa gembira bila orang LIKE gambarnya, dan cinta akan seorang ustaz di laman sosial yang selalu COMMENT di gambarnya. Ustaz itu sentiasa chat dengan dia dan hampir setiap hari si selfie akan upload gambar baru.. Ramai yang menegur si selfie kerana perubahannya ke arah yang lebih baik dan lebih ramai lelaki yang add si selfie di laman sosial..
Pernah sekali, ada seseorang hamba Allah menegur perbuatannya yang selalu selfie..

"Assalamu'alaikum si selfie.. Maafkan saya menegur cuma saya nak tegur, kurangkanlah berselfie dengan niqab..Tajdid niat tu."

Si selfie hanya balas, "Biarlah, bukannya aku full time..Part time je..Nk cari yg soleh utk bimbing diri ini."
Ditakdirkan si selfie untuk hadir di satu majlis ilmu di tempat belajarnya.. Tajuk ceramah adalah "Di Sebalik Lensa." Naqibah itu seorang yang berniqab dan majlis itu hanya untuk muslimat sahaja.. Lalu, dia berkata kepada semua muslimat mengenai keburukan di sebalik selfie..

"Wahai semua adik yang ku sayangi, mesti semua tahu akan fenomena Selfie yang melanda kini bukan?" "Dengan makanannya, barangnya, dan semua lah. Tapi paling famous sekarang selfie di kalangan muslimat." "Tak kira lah yang bertudung labuhnya, berniqabnya dan semua. Semua yang bergelar wanita."

"Wahai bakal bidadari Syurga, sukakah kamu menjadi ratapan rakus kaum Adam dengan menayang gambar mu?" "Mungkin kamu akan kata yang aurat kamu sudah tertutup, tapi sempurnakah?" "Kalau sempurna, Alhamdulillah.. Tapi, apakah kamu yakin kaum Adam tak mampu berimaginasi akan tubuh mu?" "Kamu tak mampu halang mereka daripada berimaginasi tapi kamu boleh halang diri dari mengupload gambar kamu." "Kamu marah orang save gambar kamu tapi mereka tak akan mampu untuk save kalau kamu sendiri tak upload gambar."

" saya menegur kerana sayang, kerana saya dah pernah buat salah yang sama.. Jangan ulang kesalahan saya..Berubahlah sayang."

"Terutama bagi mereka yang suka upload gambar berniqab sedangkan kamu bukan niqabis." "Kain itu adalah penutup pintu fitnah bagi kita dan jangan cemari dengan sifat suka selfie dan upload." "Ya, kamu dapat ramai followers dan like..Ya, alasan kamu berdakwah dengan berniqab.. Bagus tp tak kena dengan caranya." "Mesti ramai ustaz laman sosial suka akan kamu tapi adakah itu niat anda? Tajdid niat, Lillahi ta'ala.

"Sekarang, nak mencari niqabis yang sejati, bukan mereka yg ada di laman sosial, tapi mereka yang malu untuk pamerkan diri di laman sosial."

"Sebenarnya, diri muslimat kini semakin terhakis rasa malu di dalam diri.. Bukan seperti muslimat di zaman dahulu." "Kenapa sekarang susah ada srikandi Islam? Muhasabah diri bersama.. Pesanan buat diri saya juga."

"Seandainya tiada rasa malu dekat manusia, mana hilang rasa malu kepada Allah SWT?" "Wahai bidadari, jom kita berubah? Jom sempurnakan aurat kita, tak lupa juga solat kita..Jaga hubungan kita dengan Allah SWT sentiasa."

Kata-kata naqibah amat memberi kesan kepada si selfie.. Balik rumah, dia terus scroll gambar-gambarnya..Di delete satu demi satu gambarnya.. Kemudian dia terbaca satu post di FB..

"Tak berasa kasihankah kamu pada saudara kamu yang tak mampu makan semewah kamu, membeli barang seperti kamu? Untuk apa tayang?" "Semua itu pinjaman..Seandainya riak muncul, lebih baik kamu buang semua.. Astaghfirullah."

"Seandainya aurat kamu itu sudah ditegur, kamu sendiri yang menanggung dosa..Kata impikan syurga, tapi? Muhasabah."

Ibarat diri di tikam pedang seribu.. Semua gambar si selfie di delete satu demi satu..Dalam hatinya berkata
" Allahu, masihkah ada ruang untuk ku bersujud bertaubat kepada Mu?" "Sesungguhnya, aku malu pada Mu, Ya rabb. Ampuni aku kerana hanyut dengan dunia."

Pesan si selfie kepada semua muslimat yang membaca kisahnya ini..
"Jangan ulang kesalahan yang dia dah lakukan..Ubahlah selagi sempat." "Nak selfie? Boleh tapi cuba jangan upload.. Buat satu album untuk, suami..Baru sweet." "Kalau menjual barang muslimat, apa salahnya guna patung untuk peragakan jualan kamu."

Alhamdulillah, tamat sudah kisah Si Selfie.. Semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya..Assif jiddan jika menghiris perasaan sesiapa..niat ini hanya ingin menyampaikan sedikit ilmu dan juga pengajaran untuk sahabat2 semua.. Wallahua'lam ..Segala yang baik adalah dari Allah , dan yang sebaliknya juga datang dari Allah namun berlandaskan diri saya yang kerdil dan hina ini

‪#‎CopyPaste‬

Bagaimana untuk kita menyucikan hati kita?

Bagaimana untuk kita menyucikan hati kita?

1. Solat
- Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh ALLAH di akhirat kelak. Untuk itu kita perlu menjaga solat kita agar ia diterima oleh ALLAH.
- Solat itu bukanlah dilaksanakan tetapi didirikan.
- Kita perlu menghayati setiap perbuatan kita sewaktu mendirikan solat demi untuk mendapatkan kekhusyukan hati.
- "Al awwal 'ilm yarfu' minal ardh al khusyuk." (Ilmu yang pertama yang diambil dari dunia itu ialah khusyuk.)
- Bersamalah kita berusaha memperbaiki mutu solat kita supaya kita mendapat khusyuk di dalam solat.


2. Saum (Puasa)
- Kita boleh membelenggu hawa nafsu kita dengan berpuasa.
- Hati kita akan terjaga, kemaluan kita akan terpelihara dan mulut kita juga akan kita hindarkan dari mengucapkan perkara yang sia-sia saat berpuasa.
- Semoga dengan mengamalkan puasa sunat Isnin-Khamis, puasa sunat pada hari putih (13,14,15) pada setiap bulan, kita dapat menyucikan jiwa dan mendidik hati kita ke arah kebaikan.


3. Zakat dan Infak
- Kita perlu ingat dan perlu tahu bahawa setiap harta milik kita ini bukanlah milik kita sebenarnya melainkan milik ALLAH yang hanya dipinjamkan buat kita.
- Untuk itu, tempat untuk kita menyimpan harta kita ini ialah kepada ALLAH. Bagaimana? Dengan mengeluarkan zakat dan berinfak serta bersedekah.
- Hati-hati kita akan dapat disucikan apabila kita berzakat dan berinfak.
- Amalan zakat dan infak ini juga akan menjauhkan kita daripada sifat kikir dan kedekut.


4. Haji dan Umrah
- Saya yakin dan percaya, setiap dari kita mempunyai impian dan keinginan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
- Persiapkanlah diri kita sebaiknya untuk menunaikan haji dan umrah ini.
- Saat di sana nanti, jagalah solat awal waktu kita dan amalkanlah setiap doa yang telah dihafal.


5. Bermuhasabah
- Memetik kata-kata Saidina Umar Al-Khattab, "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan. Timbanglah amalanmu sebelum amalan kamu ditimbangkan."
- Muhasabah ini penting untuk kita menilai balik baik buruk setiap apa yang akan dan telah kita lakukan.
- Muhasabah itu perlu dibuat sebelum dan sesudah kita melakukan sesuatu perkara.
- Jangan pula dilupa untuk sentiasa memperbaharui niat kita agar setiap kebaikan yang kita lakukan itu tidak terpesong tujuannya. Niatlah di awal, di pertengahan dan di akhir perbuatan kita. Semoga kebaikan yang kita buat itu diterima ALLAH. Insyaa-ALLAH.
- Muhasabah ini luar biasa sekali kesannya kepada kita. Cuba dan amalkanlah, anda pasti akan merasainya. Insyaa-ALLAH.


6. Zikir dan Fikir
- "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah ENGKAU menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci ENGKAU, lindungilah kami dari azab neraka."
[Ali Imran, 3:190-191]
- Berfikir dan bertafakur ini mampu menyucikan hati-hati kita.
- Kita boleh telusuri kisah Nabi Ibrahim yang merenungkan keindahan dan kejadian alam ini untuk mencari siapakah penciptanya. Betapa sikap kritis Nabi Ibrahim yang memikirkan kejadian alam ini perlu kita contohi.
- Berfikir tentang sakaratul maut dan kehidupan selepas mati juga boleh menyucikan hati kita.


7. Membaca Al-Quran
- Kita boleh membersihkan dan menyucikan hati dengan membaca ayat-ayat cinta ALLAH ini.
- "Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-NYA kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,"
[Al-Anfal, 8:2]

- Bacalah al-Quran dengan hati.
- Bacalah maksudnya sekali untuk lebih memahami dan menghayati setiap maknanya.


8. Zikrul Maut (Mengingati Mati)
- Ingatlah bahawa apabila kita meninggal, apa yang kita akan bawa hanyalah amalan kebaikan sahaja. Segala yang lain akan kita tinggalkan.
- Biasakan diri untuk mengingati mati saat sebelum tidur dan saat bangun dari tidur.
- Hayatilah setiap bait doa sebelum tidur dan doa selepas tidur itu.

Begitulah Hidup


Seorang anak kecil berlari-lari menuju ke sebuah bukit.. Dari kejauhan dia nekad untuk mengambil buah2 epal yang jatuh keguguran di atas tanah.. Ketika mengorak langkah untuk berlari, si kecil tersungkur.. Kakinya berdarah tersadung batu.. Namun, niat untuk mengambil buah epal, masih tersemat.. Kaki yang berdarah tidak dihiraukan.. Kerana nekad yang ada pada diri, si kecil tersenyum lebar kerana buah epal yg diimpikan berjaya berada didalam gengaman..

Begitulah hidup.. Ramai yang berlari dalam mengejar impian.. Tapi bila datang badai menghalang perjalanan untuk terus berlari, ramai yang mudah mengalah.. Dari berlari anjakan diri dilakukan dengan berjalan.. Kemudian merangkak & akhirnya terbaring memaku diri..

Rugi mereka yang tidak menikmati badai yang hadir.. Kerana disitu akan bermulanya kemenangan buatmu sehingga dirimu mampu terbang tinggi..

#Pentingnya kne kuatkan semangat

Kisah Hassan al-Basri

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
·
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
·
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
·
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
·
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
·
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
·
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
···
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
···
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.

Hukum Bermain Gitar

Assalamualaikum dan selamat petang..Saya de lukis sorang perempuan yang bermain gitar..Jadi saya nak letak kan serba sikit huraian tentang hukum bermain gitar..Moga bermanfaat untuk kita semua ^^ (btw,saya sangat sukakan lukisan ni)

Gitar tidak wujud di zaman salaf soleh ,tapi alat-alat muzik yang bertali macam ini dikenali dgn nama ' alMa'azif. Ataupun dikenali dengan alat-alat yang dipetik.
Maka gitar tidak haram pada zatnya (fizikal gitar itu). Ini bermakna hukum bermain gitar itu tidaklah haram.

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak. Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Hukum Melihat Bakal Isteri (Nazhar/Nadzhor)

Assalamualaikum, rasanya dah lama saya tak update blog ni..bukannya tak ada masa terluang tapi malas pulak,huhu..Kali ni saya nak terangkn serba sikit tentang hukum melihat bakal isteri (Atau istilah lainnya ialah Nadzhor/Nazhar dalam fekah). Selama ini saya tak pernah dengar pasal ini, yang saya tau pon takruf, merisik dan juga meminang..Kalau sapa-sapa yang pernah tengok filem Ayat-ayat Cinta tau lah kot, sebab de babak si hero nak takruf dengan heroin tu,pastu pihak keluarga heroin minta si gadis tersebut membuka purdah agar orang yang merisik boleh melihat wajahnya..Awal-awal bila saya tau tentang nadzhor ni ,saya dok bayangkn babak tu lah..

Saya ada sebuah buku motivasi agama, " Nikmatnya Bercinta Selepas Nikah ". Walaupun dah beberapa bulan saya beli tapi saya belum berkesempatan untuk habiskan membaca. Kalau baca pun sikit-sikit jer..Hari ni saya baca lagi hingga habis dan time tu lah saya baru nampak tentang nadzhor (upa-upanya memang ada,hehehe) .. Saya sangat-sangat rekemen buku ini pada sesiapa yang ingin berubah(say no to couple) dan ingin bercinta selepas mempunyai ikatan yang sah dan halal..Dalam buku ini terdapat topik yang membincangkan tentang erti cinta, menjaga pandangan, perasaan malu, nikmat bercinta selepas ada ikatan yang sah dan sebagainya. Di samping itu, boleh memberi ilmu, kesedaran dan juga manfaat buat kita semua, insyaallah.

                      

Dengan ini saya akan sertakan huraian dan penjelasan tentang nadzhor ye, di mana saya share semula penulisan ini ,semoga penulis asalnya dapat pahala atas ilmu yang dikongsi ramai, insyaallah.. Okey, let's start.. Bismillahirrahmanirrahim. .

Di antara perkara yang digalakkan oleh Islam ialah seseorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan.

Ini disunatkan jika lelaki tersebut benar-benar berniat untuk mengahwininya dan berharap peminangannya akan diterima. Syarak membenarkan lelaki tersebut melihatnya tanpa meminta kebenaran dan tanpa pengetahuannya supaya dia tidak berhias terlebih dahulu. Jika perempuan tersebut, tujuan melihat tidak akan tercapai. Lelaki tersebut boleh melihat bakal tunangnya dua atau tiga kali jika perlu melihat keadaan wanita tersebut dengan lebih jelas lagi. Ini dilakukan untuk mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin. Ini kerana biasanya, matlamat yang dikehendaki tidak tercapai dengan sekali pandang.

Nabi SAW bersabda kepada Mughirah bin Syu'bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita,yang bermaksud:

"Lihatlah perempuan itu, kerana ia lebih menimbulkan kasih sayang di antara kamu berdua."

(Hadis riwayat Tirmidzi dan beliau menghukumnya hasan, dalam kitab nikah, bab hadis-hadis berkaitan dengan melihat tunang, no 1087; Ibnu Majah dalam kitab nikah, bab melihat perempuan apabila ingin berkahwin dengannya, no 1865 dan lain-lain).

Di bawah ni saya sertakan muka surat dalam buku Nikmatnya Bercinta Selepas Nikah, bab yang menyentuh tentang takruf dan nazhar.. Dalam m/s 165 ke atas dah mula berbicara tentang topik takruf dan nadzhar.

                                  
   Sahal bin Sa'ad ra berkata yang bermaksud:

"Seorang perempuan datang menemui Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk *menyerahkan diriku kepadamu." Nabi SAW memerhatikan perempuan itu atas dan bawah kemudian Baginda menundukkan kepalanya."
(Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab melihat perepuan sebelum berkahwin. Muslim dalam kitab nikah, bab harus mas kahwin dalam bentuk mengajar al-Quran, no 1524).

*maksud menyerahkan diriku kepadamu ialah aku serahkan urusan diriku kepadamu, sama ada kamu mengahwini aku tanpa mas kahwin ataupun kamu mengahwinkan aku dengan sesiapa yang engkau rasaj sesuai.

Maksud Baginda menundukkan kepalanya ialah setelah melihat perempuan tersebut, Baginda tidak lagi mengulangi perbuatannya memerhatik perempuan tersebut.

Abu Hurairah ra berkata:

Ketika aku berada bersama Nabi SAW, Baginda di datangi seorang lelaki dan memberitahu bahawa dia berkahwin dengan seorang perempuan Ansor. Nabi SAW bertanya: "Adakah kamu telah melihat perempuan itu?" Beliau menjawab: "Tidak." Nabi SAW bersabda: "Pergi dan lihatlah perempuan itu kerana sesungguhnya mata orang-orang Ansor itu berbeza dengan mata orang lain (yang dia mungkin tidak berkenan)."

(Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat memandang muka dan dua tapak tangan perempuan bagi sesiapa yang ingin mengahwininya, no 1424).

Abu Humaid as-Saidi ra berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila salah seorang daripada kamu ingin meminang seorang wanita, maka tidak salah dia melihatnya, jika dia hanya melihat wanita itu untuk meminangnya, sekalipun wanita itu tidak mengetahui perbuatannya."
(Riwayat Ahmad (5/424)).

Wanita juga berhak melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin. Sesungguhnya perempuan juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.

Batas-Batas Seorang Lelaki Melihat Bakal Isterinya.
Seseorang lelaki tidak diharuskan melihat bakal tunangnya melainkan muka dan tapak tangannya (depan dan belakang). Muka dan tapak tangan adalah anggota zahir yang dimaksudkan oleh firman Allah, yang bermaksud:

"Dan janganlah mereka (kaum wanita) menzahirkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir daripadanya."
(Surah an-Nur ayat 31).

Hikmat pandangan hanya dihadkan kepada muka dan tapak tangan sahaja ialah kerana muka menunjukkan kecantikan dan tapak tangan memperlihatkan kesuburan badan dan kelembutannya.

Sekiranya dia tidak berpeluang melihatnya sensiri, dia boleh menghantar seorang wanita untuk melihat dab menceritakan sifat-sifat wanita tersebut kepadanya.

Rasulullah SAW pernah menghantar Ummu Sulaim untuk melihat seorang wanita dan Baginda SAW berkata kepadanya, yang bermaksud:

"Lihatlah kedua-dua ketingnya, dan ciumlah bau badannya."
(Riwayat Hakim dalam kitab nikah, 2/166, dan beliau menghukumnya sahih).

Difahami daripada hadis di atas, perempuan yang dihantar oleh lelaki untuk melihat bakal tunangnya boleh melihat lebih daripada apa yang boleh dilihat oleh lelaki itu sendiri. Faedahnya tentulah lebih banyak lagi.

Wallahualam.

(Dipetik daripada kitab Fiqh Manhaji Mazhab Syafie, jilid 4, terbitan Pustaka Salam, m/s 715-717)

Catatan tambahan:
-hukum lelaki melihat wanita, yakni lelaki yg baligh, berakal, tidak dlm keadaan terpaksa, samada tua atau lemah, serta lelaki yg hampir baligh haram melihat mana2 anggota badan perempuan dewasa yg bukan mahramnya. Maksud perempuan dewasa ialah perempuan yg boleh menaikkn nafsu syahwat walaupun belum baligh.


- lelaki juga xboleh melihat wanita trsebut walaupun muka dan tapak tangan, sekalipun pandangan itu xmenimbulkan fitnah menurut pendapat yg sahih di dalam mazhab Syafie. Perempuan juga diharamkn melihat lelaki yg bukan mahramnya tanpa tujuan.

-kalau melihat pun dah haram, apatah lg memegang. Tapi lelaki boleh melihat perempuan bukan mahram dlm keperluan perubatan, jual beli, penyaksian, belajar spt belajar tajwid, atau fardhu ain atau sunat dll..

-termasuklah nadzhor, lelaki boleh melihat bahagian2 yg dibenarkan oleh syarak shj. Jgn sampai terikut2 fatwa yg mengatakn bahawa harus mengintai gadis yg ingin dikahwini itu ketika dia sedang mandi.. :P

-nak nadzhor berkali2 pun boleh, tapi niat kena betul, iaitu ingin melihat gadis kerana nak kahwin. Kdg2 xsemestinya seseorang itu akan terus kahwin lepas merisik, maybe dia xberkenan dlm sesuatu perkara yg xkena pd perempuan tersebut.


-benda ni sunat, kena faham..jgn tuduh org lelaki nk.ambil kesempatan utk tgok muke gadis, terutamanya yg berniqab tu... lebih baik bersemuka depan keluarga atau mahram atau kawan, jgn berduaan di satu bilik utk nadzhor supaya dpt mengelakkn drpd fitnah...

#Thanks so much Farish Ibnu Addin atas info ni
#Semoga kita semua dapat manfaat bersama

Friday, 5 September 2014

Perempuan yang Berpurdah/Niqab


Jangan menganggap perempuan yang berpurdah itu sebagai ekstremis.TETAPI KETAHUILAH,
Mereka telah melaksanakan sesuatu yg Sangat baik,
Untuk mendapat keredhaan-Nya,
Untuk mencontohi teladan isteri-isteri Baginda yang dikasihi,
Untuk menjaga aib mereka serta kecantikan mereka kepada yang layak,Serta untuk mengelak menjadi fitnah dunia,
Fitnah bagi KAUM ADAM sebagaimana dikatakan Baginda Di akhir zaman ini.

Jangan menganggap mereka TERKURUNG,
Jangan menganggap kebebasan mereka DISEKAT,
SEBALIKNYA,Mereka rela terkurung di dunia daripada terkurung di akhirat kelak,Mereka sebenarnya bebas dengan dibatasi syariat agamanya,Yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat,
Dan mereka memilih memakainya demi menjaga maruah mereka yang lebih penting.

Moga Allah Kuatkan hati para muslimah.
Kepada yang sudah BERPURDAH Teruskan istiqomah anda.
Kepada yang berjinak-jinak untuk BERNIQAB Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manusia yang cuba patahkan semangat anda. Kuatkan niat anda.

Kepada yang berniat untuk BERPURDAH/BERNIQAB Syukur kepada hadrat Illahi, dalamilah ilmu agamamu, dampingilah serta mendapat kata-kata semangat dari yang berpengalaman, serta sempurnakan auratmu yang wajib dahulu, kemudian anda akan mendapat kekuatan untuk melakukannya. Insha-Allah.

Selamat berjaya ya wahai para muslimahku yang dikasihi.
Pada para muslimku, berilah kekuatan pada mereka, kerana mereka telah membantu anda dari terjerumus dalam fitnah dunia. Wassalam.