Friday, 25 July 2014

Perbuatan Yang Tidak Ada Dalam Urusan Sunnah

Dari A'isyah r.anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

"Barangsiapa melakukan perbuatan yang tidak ada dalam urusan (sunnah)ku, maka ia ditolak."(Muttafaqun alaih)


Ibn Umar r.anhuma berkata:
كلُ بدعةٍ ضلالةٌ وإن رآها الناسُ حسنةً
 

"Setiap bid'ah itu kesesatan, meskipun dianggap baik oleh manusia."(Al-Albani berkata sanadnya sahih.)

Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata: "Tidak boleh bagi sesiapapun dari kalangan imam-imam kaum muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin sama ada kecil atau besar untuk mencipta (ibtida') ibadah yang baru dalam agama Allah, atau menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Hanya Allah sahaja pembuat syariat dan al-Rasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut. Segala kebaikan itu dalam al-ittiba' (mengikut apa yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya). [Al-Ibadah fi al-Islam]

Ringkasan mengenai pengertian bid'ah

Bid'ah itu adalah perkara baru yang diada-adakan di dalam urusan 'ibadah' dan 'agama'. Contohnya mencipta bentuk solat baru, atau zikir baru dengan kaifiyyat atau aturan tertentu dan seumpamanya yang tidak ada contoh atau dalil dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam Bagi urusan bersifat duniawi, ia tidaklah termasuk sebagai bid'ah. Contohnya apabila ada orang yang berkata: "Naik kereta pun bid'ah sebab dia perkara baru, zaman nabi tak ada!" atau "Cermin mata kau tu bid'ah sebab zaman Nabi tak ada orang pakai cermin mata." Ini adalah kefahaman yang dangkal dan jahil mengenai persoalan bid'ah. Bid'ah itu tidak terjadi di dalam urusan duniawi, bahkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أنتم أعلم بأمور دنياكم
 

"Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian."(Riwayat Muslim)

AMALAN BID'AH DI DALAM MASYARAKAT MELAYU

1. KENDURI TAHLIL ARWAH

Kebanyakan umat Islam di negara ini menyangka bahawa isu kenduri tahlil arwah adalah masalah khilaf, akan tetapi hakikatnya ia bukanlah masalah khilaf. Bahkan para imam besar melarangnya dan kita tidak temui di kalangan mereka, seorangpun yang mengizinkannya.

Dalil Dari Jarir bin Abdullah r.anhu, beliau berkata:
كنَّا نرى الاجتماعَ إلى أَهلِ الميِّتِ وصنعةَ الطَّعامِ منَ النِّياحة
 

"Kami (sababat-sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam) mengira bahawa berkumpul bersama keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dalam meratap (meratapi mayat)."(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah. Sanadnya sahih)

al-Imam an-Nawawi berkata di dalam Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab: "Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sedikit pun. Ia adalah bid'ah yang tidak disukai." [Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.]

Dr. Wahbah Az-Zuhaily berkata di dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh: "Adapun ahli keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai maka ia adalah makruh dan bid'ah yang tiada asal baginya (dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam). Perbuatan sedemikian menambahkan lagi atas musibah mereka serta menyusahkan mereka atas kesusahan yang telah menimpa mereka dan menyerupai perbuatan ahli jahiliyyah. Sekiranya ia melibatkan harta waris yang belum baligh maka haram disediakan makanan (tersebut)". [Jilid 2 m/s 549-550 cetakan Dar Al-Fikr, cetakan kedua 1989]

Disebut di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Imam As-Syafie karangan Dr. Musthofa Al-Khin, Dr. Musthofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji: "Keluarga si mati membuat makanan dan menghimpun orang ramai atasnya sebagaimana yang biasa dilakukan di zaman ini. Perbuatan ini adalah bid'ah yang bertentangan dan sangat menyalahi Sunnah". [Juzuk 1 m/s 263 cetakan Darul Ulum Al-Insaniyyah, cetakan pertama 1989]

2. YASIN MALAM JUMAAT

Amalan ini tidak ada dasarnya di dalam Islam. Di antara bid'ah lain yang turut serta di dalam upacara Yasin malam Jumaat ini adalah ia dibacakan secara berjemaah dan juga mengikut kaifiyyat tertentu yang tidak ada sumber sama sekali dari as-Sunnah. Bahkan yang benar sebenarnya adalah umat Islam disunatkan untuk membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat.

Dalil
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنْ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka ia akan diterangi oleh cahaya yang terangnya mencapai jarak antara dirinya dan Baitul 'Atiq.
(Riwayat ad-Darimi. Isnadnya sahih sehingga Abu Sa'id)


3. AMALAN MENCUKUR JAMBUL


Di negara ini sesetengah masyarakat Islam akan mengadakan majlis cukur jambul bagi bayi yang baru lahir. Ia biasanya dilakukan pada hari ke-40 selepas kelahiran bayi tersebut. Amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Apatah lagi terdapat sedikit sebanyak upacara yang boleh membawa kepada syirik jika salah iqtiqad seperti upacara memasukkan rambut ke dalam kelapa. Jika seseorang itu beriqtiqad perbuatan ini membawa berkat dan seumpamanya, ia boleh menjadi syirik.


Datuk Abu Hassan Din juga pernah mengkritik amalan ini. Beliau berkata: "Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?"

Amalan yang bertepatan dengan sunnah adalah melakukan aqiqah pada hari yang ke-7, mencukur keseluruhan rambut bayi dan memberikan ia nama pada hari tersebut (sekiranya ia masih belum diberikan nama lagi). Ini berdasarkan kepada hadis berikut:
عَنْ سَمُرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
 

Dari Samurah ia berkata, "Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Seorang anak laki-laki itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, pada hari itu ia diberi nama dan dicukur rambutnya."
(Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)


5. MELAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT ATAU KETIKA WUDHU


Melafazkan niat seperti "Usolli....." tidak syak lagi adalah satu bid'ah yang tercela yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekarang.


Ibn Qayyim menyebut di dalam kitabnya 'Ighatsatul Lafhan': "Niat ertinya ialah mensengajakan dan bermaksud sungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati, dan tak ada sangkut pautnya sama sekali dengan lisan. Dari itu tidak pernah diberitakan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam begitu juga dari para sahabat mengenai lafaz niat ini.

Dan ungkapan-ungkapan yang dibuat-buat dan diucapkan pada permulaan bersuci dan solat ini, telah dijadikan oleh syaitan sebagai arena pertarungan bagi orang yang diliputi was-was, yang menahan dan menyeksa mereka dalam lingkaran tersebut, dan menuntut mereka untuk menyempurnakannya. Maka anda lihat masing-masing mereka mengulanginya dan bersusah payah untuk melafazkannya pada hal demikian itu sama sekali tidak termasuk dalam upacara solat."

6. BERSOLAT HAJAT DAN MENINGGALKAN QUNUT NAZILAH

Lazimnya masyarakat di sini apabila ditimpa sesuatu bencana, mereka akan melakukan solat hajat secara berjemaah selepas ditunaikan solat fardu berjemaah. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Yang benar menurut sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah melakukan qunut nazilah ketika solat fardu apabila berlaku sesuatu bencana atau untuk mendoakan kebaikan atau kecelakaan sesuatu kaum. Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْعَتَمَةِ شَهْرًا يَقُولُ فِي قُنُوتِهِ اللَّهُمَّ نَجِّ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ اللَّهُمَّ نَجِّ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ نَجِّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ
 

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW melakukan qunut pada saat solat Isya` selama satu bulan, ketika qunut beliau berdoa: "Ya Allah, selamatkan Al Walid bin Al Walid, ya Allah, selamatkan Salamah bin Hisyam, ya Allah, selamatkan orang-orang mukmin yang lemah, ya Allah, keraskan siksaMu kepada Mudhar, ya Allah, jadikan siksaMu kepada mereka selama bertahun-tahun seperti beberapa tahun yang dialami Yusuf."(Riwayat Abu Dawud. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

حَدَّثَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا بَعْدَ الرُّكُوعِ يَدْعُو عَلَى حَيٍّ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ

Anas menceritakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan qunut selama sebulan setelah rukuk, mendoakan kecelakaan atas sebuah kampung dari Bani Sulaim."
(Riwayat ad-Darimi. Isnadnya sahih)


سنن النسائي ١٠٦٩: أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَنْبَأَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَى حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ ثُمَّ تَرَكَهُ


"Dari Anas bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan; beliau mendoakan kejelekan kepada suatu kabilah dari kabilah-kabilah Arab, kemudian beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam meninggalkan (qunut) nya."
(Riwayat An-Nasa'i. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)


7. ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Selepas solat hari raya, telah menjadi amalan sebilangan masyarakat Islam di sini untuk menziarahi kubur kerabat mereka yang telah meninggal dunia. Amalan ini adalah bid'ah. Ini kerana:
· Mengkhususkan hari raya untuk menziarahi kubur tidaklah termasuk dari ajaran atau petunjuk Nabi mahupun para sahabat baginda.
· Hari raya adalah hari kebahagiaan, hari kemenangan, bukanlah hari kesedihan dan tangisan. Ini sangat bercanggahan dengan tuntutan Islam iaitu umat Islam perlulah meraikan hari ini dengan penuh kegembiraan.
· Hari raya adalah hari untuk berkunjung dan menziarahi orang yang masih hidup, bukan untuk menziarahi orang yang sudah meninggal. Ramai orang yang sehingga mendahulukan menziarahi kubur dari menziarahi sanak saudara mereka yang masih hidup.

Asy-Syuqairi berkata: "Berziarah ke kubur atau makam para wali setelah solat Hari Raya adalah bidaah." [As-Sunan wa al-Mubtadi'at. 117]

Syaikh al-Albani juga berkata: "Ziarah kubur pada hari raya termasuk amalan bidaah." [Ahkam al-Jana'iz. 258]

Wallahu a’lam.

Wednesday, 23 July 2014

Benarkah Lailatul Qadar pada Malam Ke-27?

Sebagian hadits ada yang membicarakan bahwa lailatul qadar jatuh pada malam ke-27. Apakah benar bisa dipastikan seperti itu?

Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Bulughul Marom hadits no. 705,

وَعَنْ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا, عَنْ اَلنَّبِيِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ: – لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ – رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ, وَالرَّاجِحُ وَقْفُهُ.

وَقَدْ اِخْتُلِفَ فِي تَعْيِينِهَا عَلَى أَرْبَعِينَ قَوْلًا أَوْرَدْتُهَا فِي ” فَتْحِ اَلْبَارِي “

Dari Mu’awiyah bin Abu Sufyan radhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau berkata mengenai lailatul qadar itu terjadi pada malam ke-27. Diriwayatkan oleh Abu Daud. Namun pendapat yang kuat, hadits ini mauquf, yaitu hanya perkataan sahabat. Para ulama berselisih mengenai tanggal pasti lailatul qadar. Ada 24 pendapat dalam masalah ini yang dibawakan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari.

Hadits di atas diriwayatkan oleh Abu Daud no. 1386.

Beberapa faedah dari hadits di atas:

1- Hadits tersebut menunjukkan bahwa lailatul qadar jatuh pada malam ke-27. Ini adalah hasil ijtihad dari Mu’awiyah. Juga ada riwayat pendukung dari Ubay bin Ka’ab,

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ أُبَىٌّ فِى لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَاللَّهِ إِنِّى لأَعْلَمُهَا هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ

Dari Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata mengenai malam lailatul qadar, “Demi Allah, aku sungguh mengetahui malam tersebut. Malam tersebut adalah malam yang Allah memerintahkan untuk menghidupkannya dengan shalat malam, yaitu malam ke-27 dari bulan Ramadhan.” (HR. Muslim no. 762).

2- Para ulama sebenarnya berselisih pendapat kapankah lailatul qadar pasti terjadi. Al Hafizh Ibnu Hajar sampai menyebutkan ada 46 pendapat dalam masalah ini dan kebanyakan tidaklah berdasar. Namun dari pendapat-pendapat tersebut dapat dijadikan tiga:

a- Pendapat yang keliru yang menyatakan bahwa malam lailatul qadar sudah tidak ada lagi, atau pendapat yang menyatakan bahwa lailatul qadar itu di sepanjang tahun atau ada yang mengatakan bahwa lailatul qadar terjadi pada malam nishfu Sya’ban.

b- Pendapat yang dho’if (lemah) yang menyatakan bahwa lailatul qadar terjadi di awal atau pertengahan Ramadhan.

c- Pendapat terkuat yang mengatakan bahwa lailatul qadar terdapat di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.

Intinya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang menyatakan bahwa lailatul qadar terjadi pada sepuluh hari terakhir Ramadhan dan malam ganjil itu lebih mungkin. Dan malam ke-27 lebih mungkin terjadi daripada malam lainnya. Sampai-sampai Ubay bin Ka’ab bersumpah bahwa lailatul qadar terjadi pada malam ke-27.

Sedangkan Abu Qilabah dan segolongan ulama berpendapat bahwa lailatul qadar itu berpindah-pindah setiap tahunnnya.

Imam Nawawi rahimahullah menukil pendapat dari ulama muhaqqiqun,

. وَقَالَ الْمُحَقِّقُونَ : إِنَّهَا تَنْتَقِل فَتَكُون فِي سَنَة : لَيْلَة سَبْع وَعِشْرِينَ ، وَفِي سَنَة : لَيْلَة ثَلَاث ، وَسَنَة : لَيْلَة إِحْدَى ، وَلَيْلَة أُخْرَى وَهَذَا أَظْهَر . وَفِيهِ جَمْع بَيْن الْأَحَادِيث الْمُخْتَلِفَة فِيهَا

“Menurut para ulama yang meneliti, lailatul qadar itu berpindah-pindah setiap tahunnya. Kadangkala di suatu tahun terjadi pada malam ke-27, kadang di malam 23, atau bisa jadi di malam ke-21, atau di malam lainnya. Inilah pendapat yang lebih tepat karena kompromi dari berbagai macam dalil yang ada.”

Apa hikmah sampai-sampai lailatul qadar dirahsiakan?

Hal ini supaya kaum muslimin semangat mencari bilakah malam tersebut. Akan nampak jelas siapakah yang semangat mencari dan siapakah yang malas. Seandainya lailatul qadar sudah dipastikan waktunya tentu orang-orang hanya akan mengisi ibadah pada malam tersebut saja. Itulah mengapa malam lailatul qadar dirahasiakan agar kaum muslimin semakin semangat menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan, apalagi di sepuluh hari terakhir sehingga mereka bisa mendapat pahala yang besar.

Monday, 21 July 2014

Ibadah di Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ini adalah untuk renungan bersama buat saya sndiri,sahabat2 sume dan juga orang kite yang buzy shopping sampai lewat malam menjelang raya..Saya sendiri yang bekerja di shopping mall terpaksa balik kol 11 malam kerana 2 minggu nak raya,business hour di extended kan..Bila saya lihat sekitar Jalan Tar, kedai-kedai lain pon same juga,malah kedai mereka tutup lebih lewat dari kami..Terlintas juga di fikiran saya, tidak penat kah mereka? tidak mengantuk kah mereka? bagaimana dengan suami/isteri dan anak-anak mereka di rumah? laratkah mereka untuk bekerja terlalu lebih masa/overtime? Saya sendiri mengakui diri saya penat dan mengantuk, terasa kesian juga wat dorang sume yang kena lebih masa sempurna raya, kena layan customer yang datang shopping hingga terlalu lewat..

Lebih Semangat Ibadah di Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan

Tidak seperti sebagian orang yang terlalu sibuk memikirkan hari raya, mudik dan baju lebaran, Rasul -shallallahu ‘alaihi wa sallam- malah lebih giat lagi untuk beribadah di akhir-akhir bulan Ramadhan. Bahkan beliau sampai bersengaja meninggalkan istri-istrinya demi konsentrasi dalam ibadah. Dan juga alasan semangat ibadah kala itu yaitu untuk menggapai lailatul qadar.

Ada hadits yang disebutkan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Bulughul Marom, yaitu hadits no. 698.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ -أَيْ: اَلْعَشْرُ اَلْأَخِيرُ مِنْ رَمَضَانَ- شَدَّ مِئْزَرَهُ, وَأَحْيَا لَيْلَهُ, وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan istri-istrinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan istri-istrinya untuk beribadah.” Muttafaqun ‘alaih. (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174).

Beberapa faedah dari hadits di atas:

1- Hadits di atas menunjukkan keutamaan beramal sholih di 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan punya keistimewaan dalam ibadah dari hari-hari lainnya di bulan Ramadhan. Ibadah yang dimaksudkan di sini mencakup shalat, dzikir, dan tilawah Al Qur’an.

2- Kesungguhan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan ada dua alasan:

a- Sepuluh hari terakhir tersebut adalah penutup bulan Ramadhan yang diberkahi. Dan setiap amalan itu dinilai dari akhirnya.

b- Sepuluh hari terakhir tersebut diharapkan didapatkan malam Lailatul Qadar. Ketika ia sibuk dengan ibadah di hari-hari terakhir tersebut, maka ia mudah mendapatkan maghfiroh atau ampunan dari Allah Ta’ala.

3- Hadits tersebut menunjukkan anjuran membangunkan keluarga yaitu para istri supaya mendorong mereka melakukan shalat malam. Lebih-lebih lagi di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.

4- Hadits itu juga menunjukkan anjuran menasehati keluarga dalam kebaikan dan menjauhkan mereka dari hal-hal tercela dan terlarang.

5- Membangunkan keluarga di sini merupakan anjuran di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, namun anjuran juga untuk hari-hari lainnya. Karena keutamaannya disebutkan dalam hadits yang lain,

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِى وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِى وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang di malam hari melakukan shalat malam, lalu ia membangunkan istrinya. Jika istrinya enggan, maka ia memerciki air pada wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang wanita yang di malam hari melakukan shalat mala, lalu ia membangungkan suaminya. Jika suaminya enggan, maka istrinya pun memerciki air pada wajahnya.” (HR. Abu Daud no. 1308 dan An Nasai no. 1148. Sanad hadits ini hasan kata Al Hafizh Abu Thohir).

Sufyan Ats Tsauri berkata, “Aku sangat suka pada diriku jika memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadhan untuk bersungguh-sungguh dalam menghidupkan malam hari dengan ibadah, lalu membangunkan keluarga untuk shalat jika mereka mampu.” (Lathoiful Ma’arif, hal. 331).

Semoga Allah memberi taufik pada kita untuk menghidupkan hari-hari terakhir bulan Ramadhan dengan ibadah dan shalat malam.

Wanita dan Cemburu

dua perkara ni obviously takkan terpisah
eh,jangan kata wanita,
lelaki pun makhluk Allah,
lelaki pun boleh cemburu tau..

dalam syarah kitab sahih al-Bukhari bab "kecemburuan dan kegemaran perempuan," al Imam Ibnu Hajar mengatakan :' cemburu adalah sifat perempuan. Namun seorang perempuan yang cemburu harus dikecam bila kecemburuannya berlebihan. Hal ini juga berlaku bagi laki-laki."

simply saying, cemburu is lumrah.
cemburu perlu ditangani dengan bijaksana dan sabar,
jangan sampai membawa perbuatan dan ucapan terlarang,
jangan sampai berlebihan.

pernah dengar kisah ummul mukminin yang cemburu?

Ketika Nabi s.a.w sedang berada di rumah salah seorang isterinya, salah seorang ummul mukminin (isteri nabi) mengirimkan makanan dalam sebuah bekas. isteri yang sedang dalam giliran bersama nabi menepis tangan pembantu yang membawa makanan hingga bekasnya jatuh dan pecah.
nabi marah?
no,no...
bahkan nabi mengumpulkan pecahan-pecahan bekas dan berkata
"ibumu* merasa cemburu".
bekas yang baik diberikan sebagai ganti dan bekas yang pecah di simpan di rumah itu.
ya, nabi tak marah-marah, tak menengking-nengking isterinya atas cemburunya itu. SubhanAllah

sesungguhnya cemburu yang sedang-sedang saja tidak melangkaui batas curiga rumah tangga membantu bangkit api cinta dalam hubungan suami isteri.

Saturday, 19 July 2014

- Melepaskan -

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil..

Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba Nya..


“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Terkadang Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..


Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti bersama seseorang bukan kerana kita tidak lagi mencintai nya tetapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.


Kita Berat Melepaskan Kerana:

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.


Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…


* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah  siap memberi yang lebih baik.


* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…


♡ ~ “Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8) ~ ♡

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …

Wednesday, 16 July 2014

Hikmah Bertudung Labuh

Bismillahirrahmanirrahim.

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')


Hikmah Bertudung Labuh. Tudung ini bukan sekadar menutupi, tetapi melindungi. Juga sering mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri, kerana akhlak itu bunga diri. Jangan kau sangka labuhnya tudungku, tanda alimnya diriku. Kerana aku juga sepertimu, masih tercari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.
Teruskan membaca wahai Muslimah ---->

“Awak ambik kos Pendidikan Islam.??”

“Tak. :)”

“Habis tu.?? Aaaa~ mesti ambik kos Bahasa Arab atau Syariah kan.”

“Tidak juga, saya study kos International Business. :)”

“Saya ingatkan Ustazah tadi.”

Hmm~ soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh. Asal tudung labuh je ingat Ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan Agama.

Haishh~ saya bukan Ustazah, bukan juga anak Ustaz. Saya bertudung labuh sebab saya seorang Muslimah.! Iye, betul biasanya Ustazah yang pakai tudung labuh. Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh.?

Sebagaimana firman-Nya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh, sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dah tu kenapa bertudung labuh.?"

Awak, Islam menyarankan Muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri boleh mendidik si pemakainya.

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu.?”

Boleh dikatakan begitu. Cuba awak bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco.? Ya, kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu. Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak. Yela, takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena histeria. Kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai. 

Nauzubillah~

Bila berjalan kat mana-mana, jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih. Paling tidak pun mereka bagi salam.

“Assalamualaikum Ustazah. Tak jawab dosa taw.”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki akan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya.

Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya.?”

“Sebab saya tengok awak alim je.”

“Kenapa.?? Sebab saya pakai tudung labuh.??"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya.

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada boleh la kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati.

Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. InsyaAllah~

** Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah~ Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT. Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Let's fighting for the best Iman.!!!

Psst : Perbetulkan 'niat', maka Allah akan menolongmu.

‪#‎copypaste‬ dr.tengku ismadi#

Friday, 11 July 2014

Tarawih: Wajarkah wanita hadir?

Assalamualaikum dan selamat malam semua..Camne dengan ramadhan anda semua? Berapa ramai yang pergi solat terawih ye..Malam ni saya nak share tentang wajarkah kaum wanita menghadiri solat terawih.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم 


Seperti yang anda sedia maklum, RAMADAN adalah bulan ibadah untuk semua termasuk buat kaum Hawa. Mereka juga tidak ketinggalan bersama dengan suami dan ahli keluarga yang lain menghidupkan malam sepanjang Ramadan.

Kita boleh lihat rata-rata  masjid seluruh negara dipenuhi hampir sebahagian golongan wanita sepanjang bulan yang diberkati ini. Namun, wanita perlu tahu apakah yang wajar mereka pelihara dalam keghairahan menghidupkan malam Ramadan terutama solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau, agar usaha mereka melipatgandakan ibadah tidaklah bertukar atau bercampur-baur dengan hal yang ditegah agama

Suatu ketika, seorang sahabat bernama Ummu Humaid  RA ingin mengikuti solat bersama Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Maka Baginda SAW memberikan satu jawapan yang cukup indah dan berkesan kepada beliau: “Sungguh aku tahu bahawa engkau gemar solat bersamaku, sedangkan solatmu di dalam bilikmu lebih baik daripada solatmu di rumah, dan solatmu di rumah lebih baik daripada solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Hadis ini seakan memiliki kaitan erat dengan hadis daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya. Dan sedekat-dekat seseorang wanita itu kepada Tuhannya adalah di saat dia berada di bahagian yang paling tersembunyi di dalam rumahnya.” (Riwayat Al-Tirmdzi & Ibn Khuzaimah)

Berdasarkan dua hadis tersebut jelaslah keadaan yang paling selamat yang Islam anjurkan untuk golongan wanita ialah untuk sentiasa berada pada keadaan yang tersembunyi, termasuk ketika waktu solat.

Jika wanita menghadiri solat berjemaah di masjid, maka tempat terbaik bagi mereka sudah tentulah di kawasan yang dikhaskan untuk wanita. Antara adab lain yang wajar dipraktikkan wanita yang berkeinginan untuk hadir ke masjid terutama di bulan Ramadan bagi mendirikan solat tarawih ialah seperti berikut:


Niat Ikhlas

Sewajarnya bagi setiap wanita yang berhajat untuk mendirikan solat Tarawih di masjid memastikan agar niatnya adalah ikhlas kerana ALLAH SWT. Tidak sepatutnya keinginannya untuk ke  masjid didasarkan atas urusan lain seperti ingin bertemu dengan rakan, jiran, atau sekadar mengikut orang lain  yang berpusu-pusu ke masjid.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang datang ke masjid untuk tujuan tertentu, maka itulah yang menjadi bahagiannya.” (Riwayat Abu Daud)


Meminta izin

Sebelum pergi ke masjid, wajib bagi seseorang wanita itu memohon izin daripada ayah (bagi yang masih belum berkahwin) atau suaminya.

Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kalian melarang wanita daripada menghadiri masjid setelah mereka meminta izin daripada kalian.” (Riwayat Muslim)

Begitu juga di dalam riwayat Muslim yang lain dinyatakan: “Apabila isteri kalian meminta izin untuk ke masjid, maka berilah mereka izin.”

Setelah mendapat keizinan maka bolehlah seseorang wanita itu ke masjid.Tetapi jika tidak diizinkan maka wajiblah dia kekal untuk solat di rumah.

Ini kerana mentaati suami dan juga bapa itu hukumnya adalah wajib dan ia wajib didahulukan melebihi mana-mana perkara sunat.

Suami dan bapa atau penjaga pula perlulah mengizinkan jika telah dapat dipastikan pemergian isteri atau anaknya itu selamat daripada pelbagai bentuk fitnah.


Berhijab, menutup aurat

Dalam keterujaan memakmurkan masjid, jangan lupa hal yang lebih utama daripada itu iaitu perihal penjagaan aurat yang rata-rata masih ramai dalam kalangan golongan Hawa yang masih mengambil remeh akan hal ini.

Ramai yang pergi ke masjid dalam keadaan di bahagian atasnya bertelekung litup tetapi di bawahnya sendat, singkat, dan jarang pula jadinya. Hal seperti ini disebut sebagai tabarruj jahiliyyah yang mana ia dilarang keras oleh ALLAH.

ALLAH berfirman: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah bertabaruj (berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliah yang dahulu.” (Surah Al-Ahzab: 33)

Antara syarat menutup aurat ialah: Menutup seluruh badan, tidak membentuk tubuh, tidak singkat dan ketat, tidak jarang, tidak juga pakaian kemasyhuran, tidak juga pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan tidak juga berpakaian yang menyerupai pakaian golongan lelaki.


Tiada semburan wangian

Minyak wangi atau perfum kini seolah-olah tidak mampu lagi dipisahkan daripada kehidupan seorang wanita. Namun sedarkah wanita sekalian Nabi SAW melarang keras wanita daripada mengenakan minyak wangi terutama apabila mereka menghadiri masjid sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam  Muslim dalam sahihnya.

Lebih keras lagi, Rasulullah SAW bersabda dalam hal ini: “Mana-mana wanita yang mengenakan wangi-wangian lalu keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangian tersebut).” (Riwayat Baihaqi)


Merendahkan suara

Perintah merendahkan suara secara umumnya bukanlah untuk golongan wanita sahaja, terutama apabila kita berada di masjid. Ini berdasarkan peringatan ALLAH yang bermaksud: "Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu.

Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara keldai." (Surah Luqman: 19)

Adapun bagi golongan wanita, adab bagi menjaga suara ini jauh lebih ditekankan Islam demi menjaga kehormatan wanita juga hati lelaki yang mendengarnya.

ALLAH berfirman: "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian bukanlah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara kamu ketika berbicara, sehingga ia boleh menimbulkan keinginan kepada orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan berbicaralah dengan kata-kata yang baik.” (Surah Al-Ahzab: 33)

Jika wanita suci seperti isteri Nabi Muhammad SAW masih diperintahkan agar menjaga lunak suara mereka, maka wajarlah wanita lain untuk mengambil iktibar daripada perintah ALLAH ini.


Menundukkan pandangan

Selain menjaga aurat dan lenggok suara, wanita juga diingatkan agar menundukkan pandangan mereka daripada melihat  lelaki bukan mahram. Hal ini sangat biasa terjadi di kawasan umum termasuk di masjid.

Menjaga pandangan mata adalah antara kunci bagi menjaga kehormatan secara keseluruhannya. Jiwa yang mendatangi rumah ALLAH secara ikhlas untuk beribadah wajib memelihara matanya terlebih dahulu, barulah ia akan memberikan nilai yang terbaik kepada setiap ketaatan yang dilakukannya di masjid.

ALLAH berfirman: “Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka…” (Surah Al-Nur: 31)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengumpamakan pandangan mata seperti cerminan hati. Apabila seorang hamba berjaya menjaga matanya pastilah ia akan berjaya menjaga syahwatnya.

Demikianlah secara ringkas hal yang wajar dijaga dan dititik-beratkan wanita yang ingin memakmurkan masjid ALLAH di bulan penuh berkat ini. Selain  peringatan di atas, wanita juga wajib menjaga pergaulannya dengan lelaki, memelihara lidahnya serta adab asas Muslim apabila berada di masjid.

Semoga dengan penelitian dalam menjaga hal di atas dapat menjamin kualiti ibadah yang dikerjakan di masjid bahkan menambah lagi nilainya. Sebaliknya jika hal ini diremehkan ia bakal merendahkan nilai ibadah yang kita kerjakan dan ia adalah seburuk-buruk dan serugi-rugi pekerjaan.

Thursday, 10 July 2014

Apakah Kedudukan Purdah Di Dalam Mazhab Syafi’ie?


Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DI HADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafi’ie.

✿ Asy-Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, 
(1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan,
 (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, 
(3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan paha.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

✿ Syaikh Sulaiman al-Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

✿ Syaikh Muhammad bin Qaasim al-Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)

✿ Ibnu Qaasim al-Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

✿ Taqiyuddin al-Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:

ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandangan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Sumber : http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/2012/04/hukum-niqab-purdah-dalam-perbahasan-4.html

P/S : Marilah kita belajar2 berpurdah.

Tuesday, 8 July 2014

Cara Memohon Keampunan ke atas Dosa-dosa Yang di Lakukan

Assalamualaikum dan selamat pagi..Dah tgh2 pagi buta ni,huhu..Saya nak share cara untuk memohon keampunan ke atas salah silap kita yang lepas,semoga dosa2 kita yang lalu diampunkan oleh Allah S.W.T

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Apa yang perlu dibina didalam diri seorang muslim bukan hanya sikap berwaspada dan berhati-hati dari menjauhi dosa. Malah tidak kurang pentingnya menanamkan sikap yang benar tentang apa dan bagaimana yang harus dilakukan ketika dosa-dosa itu terlanjur. Terdapat beberapa jalan-jalan pengampunan yang dianjurkan oleh Islam yang boleh mengurangkan azab keatas dosa-dosa malah boleh menghapuskan semua dosa-dosa yang telah dilakukan.

Antara jalan-jalan pengampunan itu adalah :

1.Taubat.
Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran, yang menyebutkan bahawa taubat itu berfungsi sebagai pengecualian dari ancaman azab yang akan diberikan kepada orang-orang yang melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun.”
(Surah Maryam ayat 60)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Taubat yang dimaksudkan adalah Taubat Nasuha. Sebuah taubat yang dilakukan dengan ikhlas dan benar. Bahkan ianya adalah termasuk jalan yang paling besar dan luas untuk memperolehi pengampunan dari Allah s.w.t.

2.Istighfar.
Istighfar dan taubat sebenarnya tidak jauh bezanya. Kedua-duanya adalah memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w .beristigfar lebih tujuh puluh kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :
“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah s.w.t. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

3.Amal-amal Kebajikan.
Amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang muslim akan dilipat gandakan oleh Allah SWT menjadi sepuluh kali atau lebih. Oleh itu amal kebaikan juga akan menjadi salah satu jalan pengampunan atas dosa-dosa kecil.

Firman Allah SWT  yang bermaksud :
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.”
(Surah Hud ayat 114)

Abu Dzar meriwayatkan dari hadis Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, dan iringilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan yang baik kerana ia boleh menghapuskannya…”
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

4.Musibah-musibah di dunia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap musibah yang menimpa seorang muslim menjadi penebus (kifarah) atas dosanya. Bahkan sampai terpeleset kakinya, luka di jari jemarinya atau pun duri yang mengenainya.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sekiranya kita sabar diatas musibah yang datang kita akan mendapat pahala diatas kesabaran kita tadi dan ia menjadi sebagai penebus dosa.Kalau kita berkeluh kesah dan tidak sabar diatas ujian tadi maka kita akan mendapat dosa diatas sifat keluh kesah tadi.

5.Siksa Kubur .
Azab Kubur adalah suatu yang mesti diyakini kebenarannya. Ia juga merupakan salah satu jalan pengampunan yang boleh meringankan azab yang ditimpakan Allah kepada hamba-hamba-Nya kerana dosa dan kesalahan yang dilakukan. Namun begitu azab kubur itu terbagi dua macam ;

Pertama : azab kubur yang dirasai oleh orang-orang kafir selama-lamanya hingga hari kiamat. Dari Baro’ bin Azib berkata, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
“Kepada orang kafir yang sudah berada di kubur dibukakan suatu pintu yang menghubungkannya dengan neraka, maka ia boleh melihat bakal tempat duduknya di neraka itu sampai hari kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kedua : azab kubur yang waktunya terbatas. Azab ini di khususkan kepada dosa-dosa yang dikategorikan sebagai ringan dan disesuaikan dengan tingkat kesalahannya. Sehingga ia menjadi pengurang atau penebus azab yang akan menimpanya di akhirat nanti.

6.Doa Orang Mukmin.
Doa dan permohonan ampun dari orang mukmin yang diminta kepada Allah SWT untuk diberikan kepada orang yang berdosa dan melakukan kesalahan. Samaada yang melakukan dosa itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :
“Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dengan tidak diketahuinya adalah sangat mustajab. Diatas kepalanya diutus seorang malaikat. Setiap kali ia berdoa dan memohon kepada Allah untuk saudaranya itu suatu permohonan yang baik, maka mengaminkannya. Dan sesungguhnya untukmu seperti yang engkau mohonkan untuk saudaramu itu.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Darda’)

7.Hadiah Pahala Untuk Muslim (yang telah meninggal dunia)
Apa yang dihadiahkan seorang muslim yang masih hidup kepada saudaranya yang telah meninggal dunia. Hadiah tersebut berupa pahala sedekah, haji dan seumpamanya.

Para ulama  sependapat bahawa apabila meninggal dunia seorang muslim maka ia masih dapat memperolehi manfaat dari orang yang masih hidup lantaran dua perkara :

Pertama : Sumbernya dari orang yang mati itu sendiri ketika ia masih hidup seperti amal jariah. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah yang ditinggalkan semasa hidupnya, ilmu yang di manfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Kedua : Doa kaum muslimin untuknya, pahala sedekah yang di peruntukkan kepadanya, haji dan lainnya. Ada pun pahala dari amal-amal seperti membaca Al-Quran, zikir dan lain-lain menurut Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah boleh sampai kepada simati tersebut kalau memang dihadiahkan kepadanya .

8.Syafaat Dari Mereka Yang Berhak Memberi Syafaat :
Diantara jalan pengampunan yang lain ialah syafa’at dari mereka yang diizinkan Allah untuk memberi syafaat. Syafaat untuk meringankan atau membebaskan orang-orang yang harus mendapat seksaan di akhirat nanti. Mereka-mereka yang diberi keistimewaan adalah seperti berikut :

Pertama : Rasulullah SAW .

Syafaat untuk meringankan seksa keatas orang-orang tertentu seperti bapa saudara baginda Abu Talib, begitu juga syafaat baginda ke atas orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar agar boleh dikeluarkan dari neraka.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : “Diantara syafaatku ialah untuk orang yang melakukan doas besar dikalangan umatku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Kedua : Para Malaikat, para Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman ;

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : “…maka para malaikat telah memberi syafa’at, para nabi sudah memberi syafaat, orang-orang beriman telah pun memberi syafaat… maka tidak ada lagi kecuali Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kemudian setelah berkata demikian Allah mengambil dengan sekali genggaman-Nya itu dari neraka orang-orang yang belum pernah berbuat kebaikan sedikitpun…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Namun begitu, syafaat hanya berlaku untuk orang-orang yang memang dihatinya ada tauhid meskipun sebesar atom.Syafaat tidak berlaku untuk mereka yang memang harus kekal dalam neraka seperti orang-orang kafir. Maka jika begitu kita mesti berhati-hati jangan sampai terjejas akidah kita kepada Allah SWT

9. Ampunan dan Kemaafan Allah SWT. diluar Safaat-Nya.

Ini adalah jalan pengampunan terakhir.Keampunan daripada Allah SWT yang boleh meringankan atau menghapuskan sama sekali azab yang sepatutnya di terima oleh sesaorang yang melakukan dosa dan kesalahan didunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syrik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu (syirik), bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah An-Nisaa’ ayat 48)

Ini adalah jalan pengampunan yang terakhir. Semuanya bergantung kepada kehendak Allah SWT. Untuk mengampuni siapa saja yang Dia kehendaki selain daripada dosa syirik. Adapun mereka yang tidak diampuni dosanya maka mereka terpaksa memasuki neraka terlebih dahulu untuk membersihkan keimanannya daripada kotoran dosa-dosanya.

Sahabat yang dikasihi,
Jalan-jalan pengampunan telah dihamparkan di hadapan kita. Terpulang pada kita sejauhmana kita memerlukan pengampunan itu. Sebelum pertanyaan itu diajukan kepada umat Islam sebagai sebuah komuniti justeru ia terlebih dahulu pasti diajukan kepada diri-diri insan muslim.

Firman Allah SWT  yang bermaksud ;
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Ali Imran ayat 133)
copy & paste 

Monday, 7 July 2014

10 CARA MERAIH CINTA ALLAH SWT


1. Membaca Al Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini biasa dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut.
Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. [Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an]

2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.
Dengan inilah seseorang akan mencapai tingkat yang lebih mulia iaitu menjadi orang yang mendapatkan kecintaan Allah dan bukan hanya sekadar menjadi seorang pecinta.

3.Terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan
✅ hati dan
✅lisan atau
✅ dengan amalan dan keadaan dirinya.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan dzikir kepada-Nya. 

4. Lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.
Begitu pula dia selalu ingin meningkatkan kecintaan kepada-Nya, walaupun harus menempuh berbagai kesulitan.

5. ✅merenungi,
   ✅memperhatikan dan
   ✅ mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali.
Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. 

6. memperhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.

7. menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah 

8. menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9. duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah SWT dan bersama para shidiqin. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat.
Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahwa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain. 

10. menjauhi segala sebab yang dapat menghalangi antara dirinya dan Allah SWT .
Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh
Marilah mencapai cinta Allah SWT dgn cara2 yg kita bincangkan tadi. Cinta Allah. Cinta sejati. Allah tidak pernah mungkiri janji sbb janji Allah ada lah PASTI

Hukum BERCINTA/BERCOUPLE dalam Islam

Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam sahabat-sahabat ku. Hari ini, saya nak terangkan hukum BERCOUPLE/BERCINTA dalam islam. Saya percaya ramai yang tak tahu apa hukum couple, dan ada segelintir yang tahu tapi pura-pura tak tahu. Saya sendiri, umur 23 tahun baru tahu couple tu haram rupanya..Sedih sangat bila di kenangkan zaman jahiliah saya dan saya tabik sangat- sangat pada sesiapa yang tak pernah pon terlibat dengan couple- couple ni.. Sangat kagum camne dorang jaga ati dan pergaulan. 

Sedikit pengalaman saya, masa saya Sem 1, umur 18 tahun, ada member(jiran bilik kt kolej kediaman), bagi komik pendek bertajuk " Zina Hati " kat dalam pendrive. Dalam komik tu, menceritakan pelajar agama yang bercinta tapi dia jaga semuanya. Ingatkan solat, ingatkan tentang agama. Then one day, dia de borak ngan sorang brother ni. Brother tu yang sedarkan dia, even dia mampu jaga batas pergaulan, sembang sal agama, ingatkan waktu untuk solat, tapi dia tak dapat lari dari zina hati, iaitu mengingati gf dia, rindu gf dia, dok terbayang gf dia dan yang lebih parah kalau dok imagine perkara yang bukan- bukan. Selepas dari itu, dia sedar dan putuskan hubungan couple tersebut. saya tak pasti saya still simpan lagi ke tak komik tu sebab simpan dalam file picture, kalau ada, insyaallah saya akan try post pada masa akan datang. Sebab dah bertahun, takut juga saya buang. Time tu saya masih lagi tak sedar, sebab kalau tengok sekeliling, bercinta tu normal. Kat drama tv ke, movie ke, komik, novel, bercinta tu memang ada. Yang saya tau time tu, kena jaga batas dan niatkan untuk bernikah, bukan saja- saja, bukan untuk main- main.

Masa umur 22 tahun ,saya de beli buku " Aku Terima Nikahnya " ,sampai rakan sekerja tegur," dah nak kahwin ke? ", hahaha..Tak adalah, saya memang berminat baca topik tu, disamping timba ilmu untuk masa depan. Dalam buku tu, saya kagum dengan penulis dimana beliau bercinta selepas nikah. Kenal calon isteri pon melalui orang tengah. Kalau tak silap saya, first time berdepan face to face dengan bakal isteri pon time dorg datang umah bakal isteri untuk merisik/meminang camtu, sampai abang beliau terkejut. Tak pernah kenal pon, semua melalui orang tengah (kalau tak silap, orang tengah tu sahabat penulis). Masa tu dah nak start sedar, bahawa couple tu salah. Tapi keadaan saya masa tu 50-50, still ragu-ragu. Kemudian, saya de berkenalan dengan seorang hamba Allah ni. 

Dalam kami berkawan, dia luah perasaan hati dia, tapi saya tolak, saya cakap tak boleh sebab couple tu salah. Tapi dia tak setuju dengan kata-kata saya, sebab cinta kan fitrah, perasaan tu Allah S.W.T yang bagi, asal plak salah/haram? . Dia de kakak yang pernah belajar di Universiti Al- Azhar dan juga abang ipar yang merupakan ustaz, juga satu universiti yang sama. Jadi saya pon rasa, mesti kakak dia lebih arif tentang hal agama. So sy de chat ngan kakak dia, tanya boleh ke couple ni. Antara yang saya ingat, kakak dia cakap kalau adik dia betul-betul nak, suh datang umah jumpa parents saya, dan dia juga bagitau yang couple tu boleh selagi kite jaga hubungan, jaga batas pergaulan, de mahram untuk teman kalau nak berjumpa (perkara ni dah bertahun, maaf kalau silap cite sebab tak berapa ingat). Bila kakak dia cakap camtu, then saya ingat boleh la tu couple, tak salah. Lepas tu saya bagitau kawan saya yang saya ok, saya terima hasrat ati dia.

Allah Maha Besar, Dia sangat sayangkan saya. Hubungan tu tak bertahan lama, lebih kurang 3 bulan sahaja tapi tu first time ditahap seyez gile. Saya sama cam korang, saya pernah bercinta dan saya tahu camne rasa bila sayangkan seseorang, bile break tu, hanya Allah jer yang tahu betapa perit dan sedih. Hari- hari teringat dan menangis. Saya amik masa untuk cool down untuk lupakan. Satu hari ni, saya nampak post dari group Tanya Ustaz di FB, dimana ustaz tu postkan tentang hukum couple. Saya baca dan baca, YUP, couple tu haram. Now i know. Dulu hampir nak yakin tapi 50-50. Tapi sekarang tak lagi. Saya muhasabah balik dan syukur sy putus cinta, Allah sayang saya, Dia nak jaga saya dari hubungan yang sia-sia, Dia nak elakkan saya dari maksiat, Dia nak selamatkan saya dari orang yang salah.If ex saya de depan saya, saya nak ucap terima kasih, tiap perkara insyaallah de hikmahnya. Tanpa semua ni, tak ada saya yang sekarang. -the end-

Ok, stop sal saya, tapi tulah kisah camne saya mula nak tahu dan sedar. Dengan ini, saya ingin berkongsi tentang apa hukumnya bercouple kerana masih ada yang tak tahu lagi dan sy sedih bila tengok ramai sangat saudara2 seislam kita yang bercinta (maaf nk ckp,de yg smpi x ingt batas2 pergaulan -.-") . Semoga kita sama- sama sedar dan insaf, insyaallah.

Baiklah, perasaan kasih sayang dan cinta itu fitrah tapi bergantung pada bagaimana kite mampu menangani nye..Pernah dulu de kenalan yang balas pada saya, kan perasaan sayang dan cinta tu fitrah yang Allah S.W.T kurniakan, so kenapa pula haram? Ye, benar, perasaan itu fitrah yang Allah S.W.T bagi kepada kita semua yang bergelar manusia TETAPI fitrah itu kalau di salurkan kepada jalan yang salah, ia boleh bertukar kepada FITNAH sahabat- sahabat yang saya kasihi. 

Saya ingin sekali kita semua mampu bercinta selepas nikah, mencintai pada yg halal shj, bercinta selepas nikah lbih afdal n lbih indah, berkat dan dapat pahala, apa yang kita buat pon dapat pahala selagi tak menyalahi syarak dan agama..Dibawah ini penjelasan tntang bercinta dalam islam..sesiapa yang rs tak mmpu mengikut syarat2 berikut,maka biar lh stay berkawan shj n bercinta selepas bernikah nnt.. .. ini peringatan buat diri saya n sahabat2 sy,insyaallah ..

Hukum berdua-duaan haram kerana mereka belum bernikah . Allah SWT melarang menghampiri zina. Firman Allah SWT maksudnya, “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa’(17) ayat 32).

Terdapat Lima Sebab Kenapa "Couple" Hukumnya Haram.

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan " istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Harap maklumat ini dpt membantu kite semua mnjadi muslimin/muslimah yang lbh baik..insyaallah ..yg baik dtg dr allah,yg buruk dr sy sendiri,maaf ye