Thursday, 26 June 2014

Menutup Aurat dalam Erti Sebenar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Wahai sahabat2 muslimat yang disayangi...

Berapa ramaikah antara kita yang bile keluar rumah berstokin dan memakai sarung lengan?
Berapa ramaikah antara kita yang bila keluar tudungnya labuh menutupi seluruh dada?
Berapa ramaikah antara kita yang bile keluar pakaiannya besar dan labuh?

Jika masih xramai,bermakna kita belum lagi menutup aurat dalam erti kata yang sebenar..
Tahukah sahabat2 muslimat,bahawa kaki dan lengan adalah aurat?

Atau ramai yang masih menganggap cukuplah sekadar menutup kepala dan itu sudah dikatakan menutup aurat?


Maaf, lihat ramai orang yang memakai tudung tapi tudungnya terlalu singkat xmenutupi seluruh dada..Ada yang memakai tudung tetapi bpakaian tshirt lengan pendek..Ader juga yang memakai tudung kaki pula terdedah..Ader juga yang pakai tudung pakaiannya melekat ditubuh seolah2 bertelanjang..

Wanita ini makhluk yang paling disayangi Allah..kalau Allah dah sayang kat kita kenapa kita xnak sayangkan diri kita sendiri?

Teguran ini krn sayang..teguran ini tanda kasih..

Jaga pakaian bermakna mnjaga maruah..xsuka kan org pandang rendah pada kita?jadi jgalah..smpan elok2 permata yang dberi dari pandangan mata org luar biarlah yang berhak keatas kita shaja yang menikmatinya..

Yang baik dari Allah dan yang buruk kelemahan diri sendiri..

Wednesday, 25 June 2014

Sejarah Hidup Para Wanita Solehah dalam Islam


Sejarah hidup para wanita solehah dalam Islam sudah tercatat dalam Al Quran dan Hadis, marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup mereka agar kita termasuk dalam golongan penyumbang perjuangan Islam.

Siti Hajar duduk setahun dua tahun di padang pasir, di tinggalkan suami, suami datang sesekali, kemudian namanya dicipta untuk al-Quran sepanjang zaman.Tidak mungkin kita tidak mahu seperti cerita Siti Hajar ini. Tidak mahukah kita dengan apa yang dikatakan di dalam al Quran? Apakah kita masih mahukan suami kita ada bersama tiap-tiap hari dengan kita. Tidak sanggup kalau suami kita setahun sekali baru datang. Siti Hajar sanggup menciptakan keajaiban, menjadi wanita yang ditinggalkan oleh suami hanya berjumpa setahun sekali. Tetapi ditangannyalah keluar air zam-zam, dialah menghidupkan bandar Kaa’bah Makatulmukarromah. Mukjizat kepimpinan dan didikan dari suaminya iaitu Nabi Ibrahim.

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik Allah SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. Allah telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. Allah juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, Allah telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan iman dan Islam dalam dirinya.

Ramai yang tidak mengetahui sejarah seorang wanita bernama Mutiah yang tinggi taatnya kepada suami tercinta. Acapkali menyediakan tongkat,air dan berhias diri demi untuk suami dan menunggu suaminya pulang dari berjihad tanpa sekelumit rasa bosan dan patah semangat.Menjaga kehormatan diri dan maruah keluarga dengan seteguhnya.Dialah wanita yang akan memimpin dan memegang tali kenderaan tunggangan Fatimah az-Zahra ketika masuk ke syurga.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, Allah memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih Allah untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada Allah, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia semenjak buaian.

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah r.a.h? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah SAW begitu hebat, hinggakan Rasulullah SAW berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah SAW yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah SAW sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka Islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. 

Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada Allah SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada Allah SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Sayidina Abu Bakar RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gilakan untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sejarah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.

Thursday, 19 June 2014

Nasihat Buat Semua Muslimah



 

Buat semua Muslimah,
Duhai. bidadari penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja
kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai bidadari
penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia..


Duhai bidadari
penghuni syurga, Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah
tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik ke
belakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Ber'amallah Dengan apa yang kau imani seikhlasnya.. 


Walau seluruh manusia
tidak mengiktiraf 'amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala
keikhlasanmu...

Duhai bidadari penghuni syurga, Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu..
Kerana redha Allah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia
berikan kepadamu..


Duhai bidadari penghuni syurga, Beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi. Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi Khadijah era ini.. Bersyukurlah andai
kau diuji seperti Asiah pemilik mahligai syurga Ilahi..


Duhai bidadari
penghuni syurga, Cinta itu dari Ilahi. Datangnya ia dari Allah dan
hilangnya ia juga dengan izin Allah.. Kuyakin, dikau yang penuh
dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya..
Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya...

Monday, 16 June 2014

Mengenakan Hijab

Saudari Muslimah, sesungguhnya Allah Ta’ala, ketika memerintah kalian mengenakan hijab, tidak lain sesungguhnya Allah berkehendak untuk menjaga kesucian kalian. Menjaga tubuh kalian dan seluruh anggota badan kalian, agar tidak ada orang yang menyakiti kalian dengan perbuatan yang tak senonoh dan ucapan-ucapan murahan.

Dengan hijab pula Allah hendak meninggikan kalian. Maka hijab adalah kehormatan dan kemuliaan bagi kalian, bukan merupakan kongkongan terhadap kalian. Ini merupakan sesuatu yang indah dan kesempurnaan bagi kalian. Dan ianya merupakan bukti yang nyata akan iman kalian, sekaligus menjadi ukuran sejauh mana adab dan akhlak kalian. Dan ini pula merupakan pembeda antara kalian dengan orang-orang yang telah hilang harga diri dan kehormatannya.


 ‘Maka janganlah sekali-kali kalian menidakkan masalah ini apalagi mengingkari kewajiban berhijab. Karena sesungguhnya -demi Allah- tidaklah seorang wanita menganggap mudah masalah hijab atau mengingkarinya, kecuali pastilah ia terancam oleh kemurkaan Allah dan siksa-Nya. Dan tidaklah seorang muslimah menjaga hijabnya kecuali bertambahlah keridhaan dan kedekatan Allah kepadanya, bertambah pulalah kehormatannya.

- Asy Syaikh Abdullah Yusuf Azzam Rahimahullah

Saturday, 14 June 2014

Hijab is Beautiful :)



Assalamualaikum dan selamat malam ^^. Saya baru sahaja siap edit lukisan terbaru ini dan ia mengenai kecantikan seorang perempuan bila berhijab. Memakai Hijab adalah pematuhan kepada al-Quran dan Sunnah, yang menjadikannya jelas bahawa ia adalah satu kewajipan agama. Para ulamak mempunyai banyak bukti dalam kedua-duanya, Al-Quran dan As-Sunnah yang menerangkan dengan jelas kepentingan Hijab.

Allah berkata, "Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita yang beriman Hendaklah mereka menutupkan hijabnya (tudung) di seluruh tubuh mereka (contohnya: diri mereka sepenuhnya kecuali mata atau satu mata untuk melihat jalan). Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka (sebagai wanita yang dihormati percuma) supaya tidak marah. dan Allah sentiasa Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "(Qur'an, 33:59)

Diriwayatkan Safiyah Binti Shaibah, Aishah R.A berkata dalam ayat ini, "Dan untuk menarik tudung mereka di seluruh juyubihinna (iaitu badan-badan mereka, menghadapi, leher, dan dada) .... (Qur'an, 24:31) diturunkan, wanita memotong kepingan pinggang mereka di pinggir dan ditutup kepala dan muka mereka dengan sehelai kain. "(Bukhari). Selendang telah ditetapkan bagi wanita untuk menyekat jalan ke dosa.

Pada masa kini , Hijab digunakan untuk perhiasan, melihat yang baik dan menarik. Mereka dijahit untuk kesempurnaan tubuh, sesuatu yang patut disembunyikan dan tidak didedahkan. Di samping itu, wanita juga memakai minyak wangi, dengan sengaja atau tidak sengaja, tetapi ia juga adalah satu lagi ciri tarikan.Rasulullah saw berkata, "Setiap mata adalah berahi dan apabila seorang wanita terpakai minyak wangi dan kemudian berjalan di dalam perhimpunan, dia adalah seperti itu dan ini , iaitu seorang penzina." (Mishkat)

Ia amat jarang berlaku bahawa wanita dilihat memerhatikan hijab dengan betul untuk tujuan yang ia bercadang untuk memenuhi. A Hadis riwayat Ibn Hibban, "Jika seorang wanita menawarkan solat lima waktu beliau dan berpuasa bulan itu (iaitu, Ramadan) dan lindungpen kemurniannya dan taat kepada suaminya, ia akan berkata kepadanya, 'Masuklah ke dalam Syurga dari mana-mana pintu gerbang syurga anda mahu. 'Dan Allah berkata, "Tinggal di rumah kamu, dan janganlah mereka memperlihatkan diri seperti yang dilakukan orang di masa jahiliah." (Qur'an, 33:33)

Jika anda ingin Jannah dan mahu melihat Allah, jika anda mahu untuk tinggal di istana di mana satu bata adalah emas dan satu lagi adalah daripada perak, sungai-sungai wain, susu dan madu mengalir dari bawah, kemudian menutup diri dengan memakai Hijab , jangan menunggu kain kafan pengebumian anda untuk menjadi kali pertama badan anda dilindungi dengan. Jadilah seperti berlian yang berharga dan jarang berlaku, tidak seperti batu yang terdapat di mana-mana..
 
Alhamdulilah, ia juga diketahui bahawa wanita Islam adalah makhluk Haya (kehormatan). Allah subhanahu wa Ta'ala suka untuk wanita Islam kita yang akan dilindungi oleh Hijab mereka. Ia adalah perlindungan luar mereka dari keruntuhan hidup di dunia. Oleh itu, seperti memiliki Haya adalah kualiti yang dikasihi oleh Allah subhanahu wa Ta'ala saudara kita mesti berasa keselesaan dalam mengetahui bahawa mereka mempunyai Haya ini dan tidak wanita yang menunjukkan diri mereka kepada dunia; oleh itu, wanita tersebut tidak akan dilindungi daripada azab Allah. Rasulullah saw (sallallahu 'alayhi wa sallam) berkata:"Mana-mana wanita yang mengambil menanggalkan pakaian wanita selain daripada rumah suaminya (untuk menunjukkan kira untuk tujuan menyalahi undang-undang), telah dipecahkan perisai Allah kepada beliau." [Dikumpul oleh Abu Dawud & At-Tirmidzi]

Oleh itu, kita lihat bahawa hijab wanita Islam mempunyai kualiti yang terdiri Haya (kehormatan). Haya adalah apa yang terbit dari Iman (kepercayaan). Sebab itu apabila Allah subhanahu wa Ta'ala menyuruh wanita untuk memerhatikan Hijab, Allah subhanahu wa Ta'ala berkata:"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman ..." [Al-Qur'an 24:31]

Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman:"... Dan wanita-wanita yang beriman ..." [Al-Qur'an 33:59]Tambahan pula, Rasulullah saw sallallahu 'alayhi wa sallam berkata:"Al-Haya (kehormatan & sifat malu) adalah dari Imam (kepercayaan) dan Imam dalam Al-Jannah (Syurga)." [At-Tirmidzi - Sahih]


Beliau sallallahu 'alayhi wa sallam berkata:"Haya (kehormatan dan sifat malu) dan Imam (kepercayaan) dikaitkan sepenuhnya bersama-sama, jika seseorang itu menjulang lain berikut saman." [Riwayat 'Abdullah ibn' Umar; berkaitan oleh Al-Hakim dalam Mustadrak beliau]


Saudara sekalian dalam Islam, tahu bahawa wanita-wanita yang mencantikkan diri mereka untuk dunia untuk melihat memiliki tidak Haya; dengan itu, mereka tidak dapat apa-apa Iman. Lihatlah jumlah yang melampau Haya bahawa Aisyah binti Abu Bakar (radhiallahu 'anha) ada sekalipun di hadapan si mati:"Saya pernah masuk ke dalam bilik di mana Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam dan bapa saya (Abu Bakar) kemudiannya dikebumikan di tanpa kelengkapan pada diri saya, dengan mengatakan ia hanya suami saya dan bapa saya. Tetapi apabila' Umar ibn al-Khattab kemudiannya dikebumikan di (tempat yang sama), saya tidak masuk ke dalam bilik kecuali bahawa saya mempunyai pakaian saya untuk menjadi malu dari 'Umar. " [As-Simt Ath'amin Fi Manaqib Ummat'l-Mukminin oleh Ibn as-Sakir. Al-Hakim membawa riwayat yang sama yang katanya adalah "baik mengikut syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim."]


Kakak sekalian dalam Islam, saya tahu bahawa ia adalah agak sukar bagi anda untuk keluar memakai Hijab dalam masyarakat yang mengejek dan menyeksa anda. Saya tahu bahawa anda, sesungguhnya, berasa pelik dan keluar dari tempat.  

Walau bagaimanapun, jika anda tahu status orang-orang yang mengejek oleh kuffar dan juga status orang yang tidak dikenali, anda akan terus memakai Hijab anda (iaitu untuk menutup seluruh badan anda dengan khimar seperti yang diperintahkan (24:31), sebagai . serta dengan KOSMO (33:59), kecuali tangan dan muka, namun mengetahui cadangan untuk menutup bahagian-bahagian (juga) dengan maruah Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam kitabNya:"Sesungguhnya (Semasa kehidupan dunia) mereka yang melakukan jenayah pula sentiasa tertawakan mereka yang percaya Dan apabila mereka lulus oleh mereka, dan memejam celikkan satu sama lain (mencemuhnya)!. Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka akan kembali dengan riang gembira; dan apabila mereka melihat mereka, mereka berkata: 'Sesungguhnya ini telah memang sesat!' Tetapi mereka (orang-orang kafir, orang-orang berdosa) tidak pernah dihantar sebagai pemerhati atas mereka (orang yang beriman). Maka pada hari ini (hari kiamat) mereka yang percaya akan mentertawakan orang-orang kafir. Pada (tinggi) pelamin, melihat (segala sesuatu ). tidak Adakah orang-orang kafir dibayar (sepenuhnya) untuk apa yang mereka telah lakukan? " [Al-Qur'an 83:29-36]

Perkataan Allah harus bertindak sebagai sokongan untuk anda saudara kesayanganku. Juga, mengambil keselesaan dalam menjadi orang asing di kalangan cabul dan wanita berdosa. Rasulullah saw sallallahu 'alayhi wa sallam berkata:"Islam bermula sebagai asing, dan ia akan kembali kepada (kedudukan lama) yang menjadi pelik, berita begitu baik untuk orang yang tidak dikenali." [Riwayat Abu Hurairah dan diriwayatkan di dalam Sahih Muslim]As-Sufur dan Ciri-ciri Ia As-Sufur bermakna untuk mendedahkan atau mendedahkan. Oleh itu, bukannya mengamalkan Hijab (meliputi), wanita amalan kuffar itu sebagai-sufur.


 As-Sufur adalah berdosa kerana ia membawa kepada sekurang-tabaruj (iaitu untuk membuat kamu mendedahkan diri sendiri). Memaparkan diri sendiri adalah sifat seorang yang jahil (jahil). Allah subhanahu wa Ta'ala berkata:"Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan janganlah mereka memperlihatkan diri kamu (di-tabaruj) seperti yang dilakukan masa-masa kejahilan ..." [Al-Qur'an 33:33]

Rasulullah saw sallallahu 'alayhi wa sallam berkata:"Sebaik-baik wanita anda adalah penyayang, yang subur (produktiviti), yang baik dari sudut (yang baik), perundingan jika mereka bertakwa kepada Allah. Yang paling jahat wanita anda adalah Mutabar'rijat (orang-orang yang di-tabaruj), yang Mutakhayyilat (yang angkuh / kesombongan), dan mereka adalah orang-orang munafik. Mereka yang memasuki Al-Jannah (syurga) adalah seperti gagak yang batuk. " [Al-Bayhaqi dalam Sunan beliau]


Saudara sekalian dalam Islam,
tidak ada dalam apa jua Hijab anda berasa malu kerana ia adalah pakaian daripada hamba perempuan yang soleh dan soleh Allah subhanahu wa Ta'ala. Untuk benar-benar menunjukkan kepada anda bagaimana kejahatan wanita-wanita yang membuat as-sufur dan pada-tabaruj adalah, marilah kita memahami kenyataan berikut Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam:"Dan di antara manusia neraka terdapat dua jenis yang saya tidak pernah melihat, yang memiliki cambuk seperti ekor kerbau dan mereka hendaklah kamu sebat orang dengan mereka. Yang kedua, wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, yang adalah derhaka (untuk laluan yang salah) dan menggoda orang lain. Rambut mereka adalah tinggi seperti bonggol (unta). Wanita-wanita tidak akan masuk ke dalam Al-Jannah (syurga) dan mereka tidak akan melihat bau, walaupun wangiannya dapat dirasakan dari itu dan apa-apa jarak. " [Sahih Muslim]

Sisters in Islam, wanita-wanita yang mengamalkan di-tabaruj adalah biasa di kalangan kita hari ini. Ini adalah wanita yang walaupun Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam tidak melihat! Lihat sekeliling anda dan anda akan melihat wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang! Lihatlah gaya rambut wanita yang mengamalkan di-tabaruj - mereka tidak tinggi seperti bonggol unta? Kakak sekalian, mungkin kita generasi yang pertama sejak zaman Nabi Adam menyaksikan wanita tersebut. 


  Ini adalah wanita yang akan berada di dalam api neraka, kecuali Allah subhanahu wa Ta'ala memberi rahmat kepada mereka dengan membimbing mereka kepada Islam! Oleh itu, bagaimana anda boleh iri hati mereka? Saudara-saudara saya, hadis ini juga menunjukkan kepada kita bahawa apa yang Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam datang dengan (iaitu Al-Quran dan Sunnah) adalah Haqq (kebenaran)! Ini adalah satu ramalan yang telah berlaku di depan mata kita. Oleh itu, kami akan terus iri hati wanita-wanita jahat atau berterima kasih kepada Tuhan kami untuk Hijab anda yang membawa Haya?

Akhir kata, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri. Maaf andai ada tersilap atau tersalah dalam post ini..Semoga kita dapat mengambil kebaikan bersama. Selamat malam ^^

Friday, 13 June 2014

Bidadari Syurga

Bercita-citalah ingin menjadi bidadari di syurga, agar tidak hancur dan hanyut dengan godaan, pujian dan penghargaan dunia...

Agar pula cinta yg hadir bermakna bukan hanya didunia dan sia-sia... Kerana hidup lebih dari sekadar itu ...

~ Cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian, akan tetapi akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi ~

"Wanita" 。◕‿◕ 。..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung


Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

~* MANISNYA IMAN, INDAHNYA PERNANTIAN *~


• Jika dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah...

• Demi ALLAH, dia tidak datang Kerana kecantikan dan ketampanan, kepintaran ataupun kekayaan..

Tetapi ALLAH lah yang menggerakkan HATI.. hatimu dan hatinya..


• Simpanlah segala bentuk ungkapan CINTA dan kunci ''hatimu'', ALLAH akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang TEPAT..

• Yakinlah padaNya.. InsyaALLAH.

Thursday, 12 June 2014

Ketika Muslimah Terluka

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,

Hari-harinya akan ia penuhi dgn semangat perubahan
lebih baik pada dirinya..


Ketika hati seorang muslimah terluka,
Ia merayu dalam doa memohon ampun pada Rabbnya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Bibir merahnya menyimpul senyuman untuk hidupnya yg
masih bersisa..


Ketika hati seorang muslimah terluka,
Matanya basah oleh lembutnya hatinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Akal dan hatinya hadir untuk memimpin kesedarannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Tidak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal2 yang
tidak bermanfaat..


Ketika hati seorang muslimah terluka,
Air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang
melukainya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia tetap meneruskan liku2 hidupnya bersama Rabb nya..


Ketika hati seorang muslimah terluka,
Kepercayaan dirinya tetap tidak akan pudar..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Ia dan dirinya tetap berusaha menjadi MUSLIMAH kerana
Nya


Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH,
Pada saat dirimu TERLUKA..
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dari
Nya..
kerana Dia ingin kamu sentiasa dekat dengan Nya..
InshaaAllah,
Allah sentiasa bersama denganmu.

Erti seorang muslimah


"MUSLIMAH" dari perkataan 'aslam'(menyerah) bukan bererti wanita Islam semata-mata.. tapi ia membawa erti seorang wanita yang menyerahkan dirinya bulat-bulat terhadap Allah S.W.T.memberi sepenuh kepercayaan terhadap segala yang disuruh dan dilarang oleh Allah S.W.T. dan bila mana Allah menyuruh sesuatu suruhan, dia terus melakukannya, bila mana Allah melarang terhadap sesuatu, dia juga terus mentaatinya...

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang ): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

** Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

 
** "Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

** “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?” sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari risaunya diri dia digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari risau dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

** "Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

**
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki ciri-ciri seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? mampu dan layakkah saya ayah?”. Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,” Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti. INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

Artikel ini tidak bukanlah di karang oleh saya. Sekadar perkongsian ilmu :)

Wanita ini special

Kaum wanita ni SPECIAL . Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepadanya apabila diuji . Kaum wanita ni SPECIAL lagi . Dia mampu bertahan memakai pakaian yang menutup aurat , stokin , handsock tak kira masa . Kalau nak disenaraikan KESPECIALAN kaum wanita ni , takkan habis . Heheheh . Tapi satu je , hati kaum wanita ni mudah rapuh . Mudah sangat airmata jatuh . Jadi hati hati , jangan biarkan kaum wanita disakiti . Hormati kaum wanita seperti kamu menghormati ibumu .

Salam Perkenalan ^_^

Assalamualaikum , saya masih baru dalam blogger ni dan tak berapa reti sangat..

Kenapa saya tiba-tba ingin menjadi blogger? 

Wallahualam, cuma rasa terbuka hati, untuk post apa-apa yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan islam, yang berkaitan dengan muslimah dan juga kongsi serba sedikit info yang saya tahu..

Tetapi seyez pening camne nak buat blog ni -.-" 

Al-maklumlah memang zero tentang blog ni, dari awal saya try adjust template sampai nak masukkan lagu, makan masa beberapa hari nak bagi puas hati..Tentang diri saya, saya cuma seorang gadis biasa seperti anda di luar sana, dan buat masa sekarang hanya bekerja biasa-biasa sebagai partime sahaja, belum rezeki untuk saya dapat pekerjaan yang kukuh..

Saya juga seseorang yang suke melukis dan saya akan cuba postkan lukisan-lukisan saya di dalam blog ini, baru unik cikit,betul tak? Hehe.. Saya juga dalam proses mendalami semula agama kerana banyak perkara yang terdetik di hati ini, betapa lemah dan banyak kekurangan saya, masih lagi cuba merangkak-rangkak berubah ke arah yang lebih baik..

Better late than never right! Chaiyok ! Chaiyok!..

Sebagai seorang gadis, seorang perempuan, seorang muslimah di akhir zaman, saya ingin share banyak perkara dan perbaiki kelemahan diri kita ini..Moga kebaikannya kite sama-sama dapat.

 Siapa yang tak impikan untuk menjadi seorang muslimah sejati, betul tak? Moga kite semua dapat berubah ke arah kebaikan dan memantapkan lagi akhlak kita..Insyaallah ^_^