Thursday, 19 June 2014

Nasihat Buat Semua Muslimah



 

Buat semua Muslimah,
Duhai. bidadari penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja
kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai bidadari
penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia..


Duhai bidadari
penghuni syurga, Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah
tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik ke
belakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Ber'amallah Dengan apa yang kau imani seikhlasnya.. 


Walau seluruh manusia
tidak mengiktiraf 'amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala
keikhlasanmu...

Duhai bidadari penghuni syurga, Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu..
Kerana redha Allah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia
berikan kepadamu..


Duhai bidadari penghuni syurga, Beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi. Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi Khadijah era ini.. Bersyukurlah andai
kau diuji seperti Asiah pemilik mahligai syurga Ilahi..


Duhai bidadari
penghuni syurga, Cinta itu dari Ilahi. Datangnya ia dari Allah dan
hilangnya ia juga dengan izin Allah.. Kuyakin, dikau yang penuh
dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya..
Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya...

No comments:

Post a Comment